“Saya Pernah Borak Dengan Isteri, Boleh Tak Kalau Mati Kita Sama-Sama?”
Pelakon dan penyanyi Izzue Islam sebak apabila mengenangkan pengorbanan isterinya, Awin Nurin yang banyak berjasa dalam perjalanan kerjaya seninya.
Menerusi podcast bersama Datuk Rosyam Nor, Izzue diilihat tidak dapat menahan air mata tidak dapat membayangkan jika isterinya tiada suatu hari nanti.
BACA: “Anak Bukan Punca Bahagia” – Izzue Islam Dah Lali Ditanya Soal Zuriat
@suhanchannelofficial Kalau dia pergi dulu…? EP 3 [PODCAST HITAM PUTIH KEHIDUPAN MUSIM 3] – PART 9 @izzueislam Full video di YouTube Suhan Channel & Usanita.? #podcast #podcasthitamputihkehidupan #suhanchannel #tilljannah #izzueislam #rosyamnor #usanita #musim3
? original sound – Suhan Channel Official – Suhan Channel Official
“Kalau tak ada isteri saya, saya bukanlah Izzue Islam yang korang kenal. Saya tak pernah bayang pun hidup saya ini..duduk di atas kerusi dan menghadap Datuk Rosyam depan-depan saya.
“Saya tak boleh bayangkan. Saya pernah berborak dengan dia, ‘boleh tak kalau kita mati sama-sama?” katanya.
Dalam pada itu, Izzue turut berkongsikan dia sentiasa mahu melihat isterinya di depan mata dan tidak mampu untuk bekerja jika isterinya tiada di sisi.
“Saya tak tahu macam mana kalau satu hari dia tak ada. Saya pernah satu hari pergi shooting dia demam dan dia tak ada saya jadi ‘lost’, saya tak tahu kenapa. Padahal saya boleh datang shooting macam biasa tapi saya rasa tak boleh.
“Sebab tu sampai sekarang saya bawa dia, macam mana sekali pun. Saya nak dia ada depan mata saya. Selagi saya boleh hidup dengan dia, saya nak hidup dengan dia betul-betul,” katanya.
Untuk rekod, Izzue Islam berkahwin dengan Awin Nurin di Dewan Shah Alam pada 2 Jun 2013. Pasangan itu masih belum dikurniakan cahaya mata.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source