“Saya Tak Masuk Campur, Sekali Saja Saya Balas Mesej Shakilla”
Isteri kepada penyampai radio Fizi Ali iaitu Siti Zulaikha berkata dia tidak pernah masuk campur urusan suaminya dan bekas isterinya, Shakilla Khoriri.
Memetik Harian Metro, Zulaikha berkata dia tidak campur kemelut berkaitan anak membabitkan suaminya dan Shakilla kerana itu adalah hal peribadi mereka.
BACA: “Saya ‘Block’ Fizi Sebab Ada Campur Tangan Isterinya” – Shakilla Khoriri
“Tiada isu tentang campur tangan orang ketiga kerana saya tidak pernah masuk campur urusan Fizi dan Shakilla
“Rasanya tak ada isu kalau dia cakap saya sebagai orang ketiga yang masuk campur dalam masalah mereka. Kalau ada bukti minta dia (Shakilla) keluarkan saja bukti itu,” katanya.
Menurut Zulikha lagi, dia hanya pernah membalas sekali saja mesej Shakilla berikutan pelakon itu yang mula mengaitkan namanya serta mempunyai bukti menafikan dakwaan Shakilla itu.
“Pernah sekali saja saya membalas mesej Shakilla, itu pun disebabkan dia yang mula petik nama saya. Kalau Shakilla kata dia ada bukti, pihak kami pun ada bukti juga,” katanya.
Dalam pada itu, Zulaikha berkata emosi suaminya agak terganggu disebabkan tidak dapat bertemu dengan anaknya itu apatah lagi Fizi rapat dengan Ameena.
“Kalau berkait dengan Ameena memang saya nampak emosi Fizi sangat terganggu, tapi saya sentiasa berada di sisinya. Fizi juga rapat dengan Ameena dan ini adalah tempoh paling lama dia tidak dapat bertemu dengan anaknya,” katanya.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source