“All Time Biggest Record..” – Pelanggan Bayar RM218 Untuk Nasi Kandar, Habis Licin Dalam Masa 7 Minit
Tular di media sosial seorang lelaki yang membayar RM218 bagi menikmati antara makanan yang paling popular di Pulau Pinang iaitu nasi kandar.
Pecah rekod
Hantaran tersebut dikongsikan di laman Facebook Nasi Kandar Sulaiman pada hari Sabtu. Menurut mereka, harga tersebut telah memecah rekod kedai itu. Hantaran berkenaan juga disertakan dengan gambar pelanggan tersebut dengan sepinggan nasi kandar yang dipenuhi lauk.
RM218. Pecah rekod. All time biggest record. Seorang makan sampai RM200. Fuh saya sendiri tak sangka.
First orang masuk RM200. Amat-amat dahsyat. Unexpected. Orang Penang.
Habis dalam 7 minit
Bukan itu sahaja, menurut perkongsian yang sama, difahamkan lelaki tersebut telah memesan belasan undang dan sotong, sebiji telur masin, telur sotong serta dua ketul ayam untuk dijamah dengan sepinggan nasi panas yang dibanjiri kuah kari.
Lagi mengejutkan apabila pelanggan ini berjaya menghabiskan hidangan ratusan ringgit ini sehingga licin dalam masa 7 minit sahaja.
Terdahulu, Restoran Nasi Kandar Sulaiman ini pernah viral di merata tempat hinggakan para pelanggan sanggup beratur panjang demi merasai hidangan restoran popular di Pulau Pinang ini.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source