“Saya Mintak Kenaikan Gaji RM500, Tapi Ini Balasan Saya Terima”
Bekas penyampai Suria FM, Tyzo Xander menafikan tidak berminat untuk menyambung kontrak seperti yang didakwa Pengerusi Star Media Radio Group Berhad, Datuk Dr Mohd Aminuddin Mohd Rouse.
Memetik Sinar Harian, Tyzo mengakui ada meminta kenaikan gaji sebanyak RM500 namun tetap menandatangani kontrak meskipun gagal mencapai kata sepakat.
BACA: Segmen Petang Kendalian Tyzo Tunjukkan Penurunan
“Saya cakap terus-terang saya juga perlukan kenaikan gaji dan minta kenaikan sebanyak RM500, tetapi inilah balasan yang saya terima.
“Sewaktu saya cakap nak minta naik gaji, DJ Lin kata kita sambung dulu kontrak ini, nanti dua bulan sebelum habis kontrak bulan Mac, kita akan bincang semula. Jadi saya tetap sain kontrak pada September lalu.
“Kalau saya diva atau besar kepala, tentu saya tidak tanda tangan kontrak itu. Kemudian pada 4 Januari lalu, saya dapat tahu kontrak saya tidak disambung. Adakah kerana minta kenaikan, maka kontrak saya tidak disambung?” soalnya.
Sementara itu, Tyzo terkejut dengan kenyataan pihak pengurusan kerana rakan gandingannya, Shahrifah Shahirah pernah dua kali disambung kontrak selama enam bulan.
“Sebelum ini kak Rara pun pernah minta kontrak disambung untuk enam bulan, tetapi kenapa bila giliran saya, anggap saya tidak berminat bersama Suria lagi?
“Mungkin Datuk (Mohd Aminuddin) dapat maklumat yang kurang tepat mengenai keputusan saya kerana sepatutnya akan ada perbincangan lagi dua bulan sebelum kontrak berakhir pada 9 Mac depan,” katanya.
Dalam pada itu, Tyzo berkata dia mahu terus bersama Suria FM serta gandingannya, Kak Rara namun mengakui sedih di atas apa yang terjadi.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source