Tyzo Minta Sambung Kontrak 6 Bulan Saja, DJ Lin Jadi Mangsa
Pengerusi Star Media Radio Group Berhad (SMRG), Datuk Dr Mohd Aminuddin Mohd Rouse berkata beliau yang meminta perkhidmatan bekas penyampai Suria FM, Tyzo berakhir pada 12 Januari lalu.
Memetik Harian Metro, pihak pengurusan mahu menyambung kontrak selama setahun pada Oktober lalu namun Tyzo mahu kontraknya disambung selama enam bulan saja kerana ada perancangan lain.
BACA: Segmen Petang Kendalian Tyzo Tunjukkan Penurunan
“Bagaimanapun ketika kami meminta keputusan itu dibuat, dia minta kontraknya disambung cuma enam bulan. Jadi Saya berpendapat dia sudah mempunyai rancangan lain selain mungkin mendapat tawaran lain selepas memenangi kategori Penyampai Radio Popular di Anugerah Bintang Popular BH pada Julai tahun lalu.
“Dalam pertemuan itu juga kami ulangi betulkah dia mahu kontraknya disambung selama enam bulan saja dan selepas seminggu kemudian dia sahkan dia mahu kontraknya disambung enam bulan saja.
“Jadi secara tidak langsung kontraknya disambung bermula 9 Oktober 2023 sehingga 9 Mac 2024. Di Suria FM setiap pembaharuan kontrak pihak pengurusan akan berbincang dengan saya terlebih dahulu dan saya sendiri membuat keputusan untuk tidak menyambung kontraknya tanpa membabitkan pihak lain,” katanya.
Menurutnya lagi, dia meminta perkhidmatan Tyzo ditamatkan lebih awal kerana Suria FM mempunyai perancangan untuk meningkatkan mutu stesen radio itu, namun gajinya akan terus dibayar sehingga Mac.
“Disebabkan kita tidak menyambung kontraknya, jadi tidak elok jika dia masih ada kerana kami sudah mengaturkan beberapa perancangan memandangkan bakal menempuh ‘survey’ pada bulan depan.
“Walaupun perkhidmatannya ditamatkan lebih awal, tapi gajinya masih terus dibayar sehingga 9 Mac ini. Malah pada hari terakhirnya dia bertugas saya minta untuk dia rakamkan momen terakhirnya tapi dia tidak berbuat demikian,” katanya.
Dalam pada itu, Amiruddin berkata ramai yang meletakkan kesalahan kepada pihak Suria FM serta mengecam DJ Lin berikutan mendengar daripada sebelah pihak.
“Video kononnya Tyzo kata dia dianiaya menjadi tular. Ramai yang simpati kepadanya kerana hanya mendengar sebelah pihak.
“Ramai yang kecam dan menuduh ia berpunca daripada DJ Lin. Semua kecam DJ Lin kononnya dia bertanggungjawab. Sebenarnya DJ Lin adalah mangsa,” katanya.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source