Saya terkejut, sedih Tyzo kata begitu – DJ Lin
PETALING JAYA – Pengurus Besar dan juga penyampai radio Suria FM, DJ Lin mengakui sedih dan tergamam dengan ayat yang terpancul keluar dari mulut bekas penyampai, Tyzo pada hari terakhir kontraknya di tamatkan pada 12 Januari lalu.
Ujar DJ Lin atau nama lengkapnya Roslinda Abdul Majid, dia sedih dan terkejut dengan kenyataan Tyzo apabila mengatakan dirinya dianiaya semasa mengucapkan terima kasih pada hari terakhir dia ke udara.
Lebih membuatkan wanita berusia 49 tahun itu sedih apabila selama ini, hubungannya bersama Tyzo sangat rapat umpama adik beradik.
“Saya sangat sedih dan tidak sangka Tyzo tergamak keluarkan kata-kata sebegitu (dianiaya). Selama ini hubungan kami ibarat adik beradik.
“Saya tidak tahu masalah dia sehingga sanggup mengeluarkan perkataan itu.
“Saya telah menganggap Tyzo seperti adik sendiri kerana kami sudah saling mengenali sejak 2006 lagi sewaktu dia bertugas di Suria FM sehingga tamat kontrak pada 2012,” katanya kepada Kosmo! Online.
Tambah DJ Lin lagi, ketika dia dilantik sebagai Pengurus Besar Suria FM, antara langkah pertama yang dibuat adalah memanggil kembali tiga bekas penyampai dan salah seorangnya adalah Tyzo.
“Ketika saya usulkan nama dia kepada pihak pengurusan tertinggi Suria FM, Alhamdulillah dia diberi rezeki untuk kembali berkhidmat semula pada 2016.
“Sejak itu juga hubungan kami semakin rapat. Saya tak nampak di mana silapnya. Saya tidak mengatakan orang tak berhak benci saya, cuma saya sayangkan ikatan yang sudah terjalin,” katanya.
Dalam masa sama, DJ Lin berkata, dia belum bersedia untuk berjumpa empat mata dengan Tyzo buat masa sekarang sementara isu masih lagi panas.
“Kalau dia nak jumlah biarlah antara dia dengan pihak pengurusan Suria FM saja,” katanya. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source