Anggota proses, edar ketum: Polis tunggu laporan patologi
KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih menunggu keputusan patologi melibatkan anggota polis yang disyaki terbabit kegiatan memproses dan mengedar ketum.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, keputusan patalogi itu dijangka akan diperoleh dalam tempoh dua atau tiga minggu lagi.
Beliau berkata, keputusan patalogi itu akan digunakan oleh pihaknya bagi membuat pertuduhan ke atas suspek terlibat.
“Kita telah menghantar laporan berhubung kes ini kepada Jabatan Kimia bagi dijalankan ujian.
“Ia dijangka akan diperoleh dalam tempoh dua atau tiga minggu lagi, seterusnya digunakan untuk membuat pertuduhan terhadap suspek-suspek terlibat,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri program Back To School Sekolah anjuran Kebangsaan (SK) Lelaki Jalan Batu, di sini, hari ini.
Hadir sama Guru Besar SK Lelaki Jalan Batu, Roslinawati Yusoff dan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Soffan Hafizal Md Yusuf.
Mengulas lanjut kes ketum tersebut, Allaudeen berkata, tindakan tatatertib telah diambil ke atas empat anggota terlibat.
Kata beliau, kesemuanya telah dikenakan tindakan tahan tugas dan bukan digantung kerja.
“Empat anggota ini dikenakan tahan tugas, manakala dua lagi anggota yang turut ditahan sebelum ini telah dibebaskan setelah diambil keterangan bagi membantu siasatan.
“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952,” ujarnya.
Terdahulu , media melaporkan, tujuh individu termasuk enam anggota polis ditahan kerana disyaki terbabit kegiatan memproses dan mengedar air ketum.
Ia susulan sepasukan polis menahan empat lelaki berusia 24 hingga 38 tahun yang juga anggota polis di sebuah rumah di Brickfields, di sini, 4 Januari lalu. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source