Kanak-kanak teruja mandi-manda di ‘air terjun’ semula jadi
PONTIAN: Kira-kira 500 pengunjung tidak melepaskan peluang merasai fenomena air pasang besar yang melimpahi Taman Negara Johor Tanjung Piai (TNJTP), Serkat, di sini.
Jika sebelum ini fenomena tersebut berlaku setiap hujung tahun, namun kali ini pada Januari dengan ketinggian paras air laut 3.6 meter.
Fenomena air pasang besar bermula pukul 11 pagi tadi menyaksikan ramai kanak-kanak teruja dan gembira kerana dapat bermain di ‘air terjun’ semula jadi di anak tangga menuju taman tersebut yang hanya berlaku ketika air pasang besar.
Pengunjung, Siti Sairah Saidon, 28, berkata, dia datang bersama dua anak, suami serta adik kali pertama melihat fenomena air pasang di taman negara ini.
“Ini kali pertama kami berkunjung ke TNJTP dan seronok sangat dapat lihat kejadian tersebut yang sebelum ini hanya dilihat di kaca televisyen atau media sosial,” katanya ketika ditemui pemberita.
Bagi Mohd. Alip Mohd. Yassin, 35, dia sepertimana pengunjung lain mengetahui adanya fenomena air pasang dari media sosial dan tidak melepaskan peluang untuk melihatnya.
Katanya, walaupun bukan cuti sekolah, pengunjung ke situ tetap ramai.
“Anak-anaklah yang paling gembira bermain air dan kami ibu bapa turut sama menjaga pergerakan mereka,” katanya. – UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source