Fatiya Latiff Akui Simpan Dendam Terhadap Aiman
Pelakon Fatiya Latiff mendedahkan dia tidak lagi mencintai aktor Aiman Hakim Ridza serta sudah move on daripada apa yang terjadi sebelum ini.
Memetik Harian Metro, menerusi podcast bersama Caprice, Fatiya bagaimanapun berkata dia masih menyimpan dendam terhadap bekas kekasihnya itu.
“Saya sudah ‘move on’ (meneruskan kehidupan), tapi saya ada dendam terhadapnya. Saya tidak mencintainya lagi, tetapi, saya ada dendam,” katanya.
Menjelaskan sebab mengapa dia memuat naik gambarnya bersama Aiman, Fatiya berkata Aiman merupakan seorang selebriti jadi baginya tiada salah untuk berbuat demikian.
“Dia seorang selebriti. Saya boleh muat naik apa saja yang saya suka. Dia selebriti dan ‘public figure’. Ramai orang guna foto ‘public figure’ di seluruh dunia. Jadi, mengapa saya tidak boleh guna?” katanya.
Sementara itu, Fatiya turut mempersoalkan semula pertanyaan Caprice mendakwa tindakannya itu adalah satu bentuk provokasi menganggu rumah tangga orang.
“Saya tidak tahu bagaimana tindakan itu mengganggu. Bagaimana pula awak tahu tindakan itu suatu provokasi?” katanya.
Dalam pada itu, Fatiya berkata baginya tidak salah untuk memuat naik fotonya dengan Aiman kerana aktor tersebut pernah menjadi sebahagian daripada hidupnya.
“Dia pernah menjadi sebahagian daripada hidup saya. Kami bersama lima tahun. Saya fikir tidak salah muat naik sesuatu mengenai seseorang yang pernah berada dalam hati saya,” katanya.
Semalam, perkongsian Fatiya mengejutkan ramai apabila memuat naik gambar bersama bekas kekasihnya itu serta kapsyen ringkas mengatakan Aiman masih cinta akan dirinya.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source