Lans koperal, konstabel noda penuntut kolej swasta kena tahan kerja
PETALING JAYA – Tindakan tahan kerja sudah dikenakan terhadap dua anggota polis berpangkat konstabel dan lans koperal yang dipercayai terlibat dengan kes rogol dan samun di Ampang di sini, Selasa lalu.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, tindakan tahan kerja dikenakan terhadap mereka sehingga siasatan dilakukan selesai.
“Ya. Akan terus ditahan kerja sementara siasatan dilengkapkan,” katanya ketika dihubungi di sini.
Semalam, Kosmo! melaporkan dua anggota polis ditahan disyaki melakukan jenayah samun dan rogol penuntut kolej swasta dalam kejadian di Bukit Ampang View, di sini, Selasa lalu.
Pihak polis menerima dua laporan berhubung kejadian itu daripada seorang lelaki tempatan dan seorang wanita warga asing berusia lingkungan 18 tahun.
Kedua-dua pelajar kolej swasta tersebut dipercayai mangsa dalam kejadian pukul 10.09 malam itu.
Kejadian berlaku ketika mangsa dan rakan lelakinya berada di dalam kereta di lokasi kejadian sebelum ditahan oleh dua suspek lelaki yang lengkap beruniform
Ekoran penahanan yang dibuat, kedua-dua mangsa trlah dibawa ke lokasi berasingan.
Salah seorang suspek bertindak merogol mangsa wanita manakala mangsa lelaki dibawa ke sebuah bank kerana perlu menjelaskan bayaran yang diminta oleh kedua-dua suspek atas kesalahan lalu lintas.
Susulan laporan polis yang diterima, kedua-dua suspek telah ditahan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis (IPD) Ampang, kelmarin.
Tahanan reman terhadap suspek dibenarkan selama tujuh hari bagi membantu siasatan.
Sehubungan itu, dua kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.
Siasatan masih dijalankan pihak polis dengan telus dan akan berkompromi dengan mana-mana pegawai dan anggota yang terlibat dalam mana-mana kes jenayah atau mana-mana salah laku.-KOSMO! ONLINE.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source