Empat petugas Jakoa cemas, kenderaan dihanyutkan arus deras
KLUANG: Empat kakitangan Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) berdepan detik cemas apabila kenderaan utiliti sukan Toyota Fortuner yang dinaiki dihanyutkan arus deras ketika dalam perjalanan keluar dari Kampung Orang Asli Sedohok, petang tadi.
Walau bagaimanapun, kejadian kira-kira pukul 2 petang itu tidak menyebabkan sebarang kecederaan dan semua kakitangan selamat keluar dari kereta berkenaan.
Pengarah Jakoa negeri, Faisal Long berkata, kenderaan berkenaan yang berada pada baris kelima konvoi dipandu oleh Mohd. Fuad Abdul Rahman, 45, dan membawa tiga lagi kakitangan Muhammad Saffri A. Rashid, 36, Hazard Katemin, 41, dan Muhammad Daniel Darwish Abdullah, 34.
Sebaik sampai di kawasan yang dinaiki air, secara tiba-tiba kereta berkenaan bergerak ke kiri jalan sebelum secara perlahan-lahan hanyut kira-kira 10 meter dari jalan selepas tersangkut pada sebatang pokok.
“Selepas semua mereka keluar, anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta Polis Daerah Kluang yang turut sama dalam konvoi berkenaan membantu mengeluarkan kereta dari dalam air,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Sebelum kejadian, konvoi menghantar bakul makanan ke Kampung Orang Asli Sedohok yang disertai oleh Ketua Pengarah Jakoa, Datuk Sapiah Mohd. Nor melalui jalan alternatif dari Batu 17 untuk masuk ke kampung berkenaan.
Dalam pada itu, Mohd. Fuad berkata, walaupun berada pada baris kelima konvoi, namun dia tidak nampak jalan kerana tahap ketinggian air kira-kira paras lutut.
Katanya, jalan dilalui itu dipercayai runtuh selepas empat kenderaan sebelum itu melaluinya menyebabkan kenderaan dipandunya seperti terjatuh seterusnya dihanyutkan arus deras.
“Tanpa berfikir panjang saya mengarahkan tiga lagi rakan yang turut berada dalam kenderaan supaya keluar dari tingkap.
“Sekali lagi detik cemas berlaku apabila kedalaman air tempat kenderaan dihanyutkan itu melebihi paras kepala menyebabkan kami nekad berenang ke tempat cetek,” katanya.
Sepanjang bertugas sebagai pemandu di Jakoa sejak 22 tahun lalu, kejadian itu adalah yang pertama berlaku melibatkan kemalangan dan berdepan detik cemas. – UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source