Kapal pengangkut Liberia ditahan bersauh tanpa kebenaran
ALOR SETAR – Maritim Malaysia (APMM) menahan sebuah kapal pengangkut dari Liberia kerana disyaki bersauh tanpa kebenaran di kedudukan 15 batu nautika barat Kuala Muda, dekat sini semalam.
Kapal yang berdaftar atas nama MV Stellar Enguri itu ditahan bot ronda APMM Zon Maritim Kuala Kedah kira-kira pukul 5.45 petang, semalam.
Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak berkata, kapal pengangkut tersebut ditahan hasil pengesanan melalui Sistem Pengawasan Maritim Laut Malaysia.
“Pemeriksaan lanjut mendapati nakhoda gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran bersauh dan disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 491 B(1)(I) Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 kerana berlabuh tunggu tanpa kebenaran Ketua Pengarah Jabatan Laut.
“Jika disabitkan kesalahan, kapal tersebut boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya di sini hari ini.
Kata beliau, APMM tidak akan berkompromi terhadap sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang dan sentiasa komited dalam meneruskan pengoperasian serta rondaan di sepanjang Zon APMM bagi mengekang aktiviti haram di perairan negara.
“Kita mengalu-alukan orang ramai bagi melaporkan sebarang aktiviti jenayah atau kecemasan di laut melalui saluran talian kecemasan 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi APMM Zon Maritim Kuala Kedah di talian 04-7310579,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source