Ryun Ryry Tak Pernah Terdetik Sekali Pun Jadi Penyondol
Pasti ramai yang panas hati dengan watak Maya Maria yang dilakonkan oleh pelakon Syamiem Elnisa Husni menerusi drama Hati Tercarik Luka yang sedang hangat ditayangkan di kaca televisyen.
Memetik Harian Metro, Syamiem atau lebih dikenali dengan panggilan Ryun Ryry berkata dia tidak akan sesekali mahupaun terdetik untuk menjadi perosak rumah tangga wanita lain.
“Alhamdulillah saya tak pernah buat perkara begini lagi. Saya sebenarnya sangat-sangat menentang dan geram dengan orang yang macam ini tapi dalam masa sama ia adalah realiti.
“Saya pun setuju untuk bawa watak ini biar seteruk manapun kerana ia memang benda sebenar yang terjadi dalam kehidupan secara berterusan,” katanya.
Sementara itu, Ryun berkata dia menerima ugutan akan dipukul susulan ramai yang geram watak yang dibawanya itu. Malah, Ryun mengakui bimbang jika diapa-apakan apabila berada di luar.
“Mereka hantar mesej di Instagram dan ada juga menerusi Twitter. Kadangkala ada perasaan risau juga bila keluar, bimbang diapa-apakan.
“Saya sebenarnya tengah nak keluarkan jenama baju sendiri dan tengah nak lancarkan dengan koleksi Raya. Jadi kebelakangan ini memang selalu keluar rumah jalan sana sini cari kain, pergi kilang dan lain-lain lokasi.
“Jadinya banyak berada di tempat awam. Namun saya tengok banyak reaksi yang teruja jumpa saya. Malah ada yang warnakan rambut merah sebab watak Maya.
“Tapi ada yang gelak-gelak sambil beritahu geram sangat dengan watak Maya. Agak mengejutkan juga apabila ada yang pandang saya dengan muka tak puas hati,” katanya.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source