Jambatan Bailey di Kampung Kubur Datu beroperasi hari ini
JELI: Pengguna jalan Jeli-Dabong berhampiran Kampung Kubur Datu di sini yang runtuh akibat banjir kembali boleh menggunakan laluan itu apabila jambatan Bailey hari ini.
Bercakap kepada Utusan Malaysia Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Balah Datuk Abdul Hadi Awang Kechik berkata, pembukaan jambatan itu akan memudahkan urusan penduduk dan pengguna laluan tersebut.
Menurutnya, bagaimanapun jalan tersebut hanya boleh digunakan oleh sesebuah kenderaan pada satu-satu masa.
“Jambatan ini hanya boleh digunakan oleh kenderaan ringan sahaja.
“Pembinaan laluan kekal akan mulakan dalam masa terdekat,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, penduduk dan pengguna jalan Jeli-Kuala Balah berhampiran Kampung Kubur Datu di sini terputus hubungan selepas laluan yang menjadi nadi utama mereka runtuh.
Situasi itu menyebabkan lebih 2,000 lebih penggunaan terkandas dan terpaksa mencari alternatif lain.
Difahamkan, runtuhan itu dipercayai berlaku pada pukul 4 petang yang menyaksikan laluan tersebut ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan.-UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source