‘Saya tidak pernah sign SD’
KLANG: Polemik ‘langkah Dubai’ sebagai cubaan untuk menjatuhkan kerajaan perlu dihentikan dan pemimpin politik di kedua-dua blok perlu maju kedepan bagi meneruskan agenda rakyat.
Ahli Parlimen Papar daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, tidak berlaku perubahan sokongan partinya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Malah menurutnya, beliau sendiri tidak pernah menandatangani sebarang akuan bersumpah (SD) yang dikaitkan dengan langkah tersebut untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan.
“Saya tidak pernah sign SD, bagi saya cukup-cukuplah. Kita tidak perlu diskusikan perkara itu, kita perlu masa yang ada untuk pastikan digunakan sepenuhnya meneruskan agenda ditetapkan.
“Sebagai pemimpin dari Sabah dalam GRS, saya rasa my concern is, kita melihat kepada kepimpinan kerajaan sedia ada memberikan komitmen amat tinggi dan macam-macam perancangan antara Kerajaan Perpaduan dan Kerajaan Negeri Sabah yang digariskan untuk menangani isu-isu legasi,” katanya dalam sidang akhbar, hari ini.
Tambahnya, tindakan tersebut merupakan langkah ke belakang dan jika dilakukan akan menggagalkan agenda dan kerjasama digariskan untuk rakyat Sabah.
“Maju kedepan selesaikan tempoh kerajaan sedia ada dan agenda yang sudah diatur demi kepentingan rakyat dan sebagai GRS untuk kepentingan Sabah itu sendiri,” tegasnya.
Dalam pada itu, beliau turut menjelaskan keadaan politik Negeri Di Bawah Bayu itu harmoni dan tidak berlaku sebarang kepincangan atau ‘ribut’ seperti didakwa sesetengah pihak sehingga menyebabkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi perlu pergi ke sana.
“Sabah senang, tiada ribut-ribut. Mungkin ribut pada parti-parti tertentu, tetapi parti lain khususnya yang membentuk kerajaan negeri, GRS dan PH Plus yang ada di sana keadaannya tenang, kerjasama semakin rapat dan kita akan mempertingkat dan memperkukuhkan untuk meneruskan ada dua tahun lagi tempoh buktikan kepada rakyat.
“We are doing our best menunaikan tanggungjawab untuk membawa perubahan kepada masyarakat di Sabah, sudah tentu dua tahun lagi kita akan dinilai oleh rakyat, kita mahu GRS dan PH Plus terus mendapat kepercayaan dan mandat daripada rakyat Sabah dalam pilihan raya akan datang,” ujarnya. – UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source