Dua beranak tercampak, motosikal dirempuh bas persiaran
PETALING JAYA – Seorang penunggang motosikal wanita bersama anaknya cedera parah selepas dilanggar sebuah bas persiaran di hadapan sebuah pasar raya Jalan Kuantan-Pekan, Pahang, semalam.
Melihat rakaman kamera papan pemuka (dashcam) bas terbabit, insiden berkenaan berlaku pada pukul 12.50 tengah hari.
Sebelum kemalangan berlaku, bas persiaran itu berada di lorong kanan seterusnya, dapat dilihat motosikal itu secara tiba-tiba memasuki lorongnya sehingga menyebabkan pemandu bas tidak sempat mengelak lalu merempuh dua beranak itu.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, kanak-kanak berusia lima tahun bersama ibunya mengalami kecederaan akibat tercampak dari motosikal selepas dirempuh bas terbabit.
Menurutnya, kanak-kanak terbabit mengalami luka di tangan, badan dan kepala kini dirawat di wad kecemasan (zon merah) Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) manakala ibunya,43, dirawat di zon kuning hospital sama.
“Siasatan awal mendapati, bas tanpa penumpang itu dipandu lelaki berusia 41 tahun dalam perjalanan dari Terengganu menghala ke Johor.
“Ketika sampai di lokasi kejadian, semasa bergerak lurus di lorong kanan, secara tiba-tiba motosikal dinaiki dua beranak itu dipercayai keluar dari simpang sebelah kiri dan mengubah ke lorong kanan memasuki laluan bas.
“Pemandu bas cuba mengelak namun gagal apabila terlanggar motosikal terbabit kerana jarak yang terlalu dekat,” katanya.
Wan Mohd Zahari berkata, polis telah mengambil rakaman kamera papan pemuka bas dan merakam keterangan pemandu bagi membantu siasatan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1)Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE
The post Dua beranak tercampak, motosikal dirempuh bas persiaran appeared first on Kosmo Digital.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source