17 Keluarga mangsa banjir pertama di Kluang.
KLUANG – Seramai 57 penduduk daripada 17 Keluarga di Kampung Contoh, Kahang menjadi mangsa banjir yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di daerah ini.
Semua penduduk dipindahkan kira-kira pukul 1 petang tadi selepas air mula mamasuki kawasan perumahan masing-masing sedalam kira-kira tiga kaki.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kahang, R. Vidyananthan berkata, jika hujan berterusan pada lewat petang ini nanti, dijangka lebih ramai penduduk di kampung ini akan dipindahkan.
Katanya, paras air menunjukkan ada kenaikan dan pasukan penyelamat seperti Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) juga sudah bersedia untuk sebarang kemungkinan.
“Semua mangsa kini ditempatkan di Dewan Serbaguna Majlis Perbandaran Kluang (MPK) dan diselaras oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
“Bekalan makanan juga sudah diselaras dengan oleh pihak JKM dan sudah mula beroperasi sebaik mangsa dipindahkan”katanya selepas meninjau operasi pemindahan mangsa hari ini.
Vidyananthan turut mengharapkan penduduk di Kampung Contoh yang belum dipindahkan agar sentiasa bersedia sekiranya diminta berpindah oleh pasukan penyelamat. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source