Suami Bunga Citra Lestari Tak Tenang, Mula Rasa Aneh Lepas Kahwin
Selepas mendirikan rumah tangga dengan selebriti popular, Bunga Citra Lestari, suami kepada penyanyi itu iaitu Tiko Aryawardhana mengakui kehidupannya berubah.
Tiko berkata meskipun bahagia namun dia akur menerima kisah hidupnya kini menjadi perhatian ramai serta menganggap ianya perkara aneh.
BACA: Netizen Indonesia Dakwa Lalat Di Dahi BCL Jelmaan Arwah Suami
“Sekarang kalau saya ke sesuatu tempat, kehadiran saya menjadi perhatian. Rasa tak boleh tenang sekarang. Rasa agak aneh juga. Sebeum ini saya boleh ke mana-mana saja namun sekarang masuk restoran ada yang memandang.
“Ada satu tahap agak terganggu juga apabila terlalu bayak tentang saya dikupas,” katanya.
Menerusi satu temu bual, Tiko berkata sebelum membuat keputusan berkahwin dengan Bunga dia sudah persiapkan diri jika menjadi tumpuan media namun tidak pernah untuk masuk ke dunia hiburan.
“Saya dah sedia berdepan dengan semua ini. Sebelum berkahwin dan bincang tentang perkara ini. Saya dah fikir risiko yang perlu dihadapi. Saya tak pernah terfikir untuk terjun ke dunia hiburan,” katanya.
Untuk rekod, Bunga dan Tiko bernikah pada 2 Disember tahun lalu di sebuah resort mewah di Bali Indonesia.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source