Ryan Bakery Hadiahkan Beg Tangan Mewah Buat Isteri Sebelum Bersalin
Personaliti media sosial, Ryan Bakery menghadiahkan beg tangan mewah berjenama buat isterinya sebagai tanda penghargaan buat Elyia Ibrahim yang sedang hamil anak pertama mereka.
Memetik mStar Online, Ryan berkata isterinya banyak berkorban dan tetap bersamanya meskipun susah senang. Malah, Ryan berkata hadiah itu tidak seberapa berbanding pengorbanan isterinya itu.
BACA: Isteri Ryan Bakery Hamil 5 Bulan, Dah Ada Nama Anak
“Isteri dah tengok beg itu banyak kali dan saya beli tanpa pengetahuannya. Inilah hadiah buat isteri. Pernah juga dia minta barang kemas sebab mengidam tapi saya minta doakan satu hari nanti saya mampu membelinya.
“Sepanjang kehamilan Alhamdulillah isteri tidak mengalami sebarang alahan teruk cuma pada awalnya sahaja dia ada mengidam teh hijau yang susah nak cari,” katanya.
Bakal bergelar bapa pada Januari ini, Ryan mengakui bimbang jika tidak dapat meluangkan masa bersama isteri dan anak mereka berikutan jadualnya yang padat.
“Ada beberapa tawaran kerja yang sudah disusun sejak awal dan bimbang juga kalau terlalu sibuk dengan tugas di luar sampai tak sempat tengok anak membesar.
“Jadi bagi mengelak perkara itu, syarikat pengurusan sudah susun jadual saya dengan lebih baik sebab mahu luangkan lebih banyak masa bersama isteri dan anak nanti.
“Perasaan sekarang bercampur gembira dan berdebar. Apatah lagi ini anak pertama dan banyak perkara perlu difikirkan,” katanya.
Ryan dan Elyia mendirikan rumah tangga pada 1 Oktober 2022. Pasangan itu bakal menimang cahaya mata lelaki.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source