Petugas HHT terkandas banjir naik jengkaut
HULU TERENGGANU: Sekumpulan petugas Hospital Hulu Terengganu (HHT) yang terkandas ke tempat bertugas terpaksa menaiki jengkaut setelah laluan utama di Persimpangan Paya Besar, dekat sini ditenggelami air, hari ini.
Seorang petugas, Ahmad Firdaus Yusoff, 35, dari Kampung Pulau Kudat berkata, dia sepatutnya memulakan tugas pukul 7.30 pagi namun perjalanannya ke HHT terkandas akibat jalan ditenggelami air.
“Tiba di kawasan persimpangan Paya Besar ini didapati jalan telah ditutup kepada semua kenderaan. Saya ambil keputusan berpatah semula untuk menggunakan jalan alternatif mengambil masa lebih setengah jam iaitu dari arah Ajil.
“Namun laluan di kawasan Batu 22 juga ditengelami banjir, kedudukan HHT telah menjadi seperti pulau kerana tidak boleh diakses dari kedua-dua arah.
“Saya berpatah semula dan kembali ke persimpangan Paya Besar. Tidak lama kemudian dua jengkaut milik Jabatan Kerja Raya dan Majlis Daerah Hulu Terengganu datang untuk angkut para petugas serta yang lain.
“Sepanjang 10 tahun bertugas di HHT, sudah beberapa kali saya menaiki jengkaut untuk menyeberangi laluan ditengelami banjir. Cuma kali ini arus air agak deras berbanding sebelum ini,” katanya ketika ditemui di Persimpangan Paya Besar, dekat sini, hari ini.
Seorang lagi petugas, Rosliza Yusoff, 40, dari Kampung Lebak, berkata, setiap kali laluan itu ditenggelami banjir jengkaut menjadi pengangkutan utama untuk ke tempat bertugas.
Menurutnya, pengalaman saban tahun sejak bertugas di HHT pada tahun 2009 mendorong dia bersama rakan petugas yang lain nekad ke tempat kerja tanpa alasan walaupun jalan utama ditengelami banjir.
“Saya dan rakan-rakan yang tinggal di kampung sekitar Bandar Kuala Berang akan berkumpul di sini untuk menaiki jengkaut apabila kedua-dua arah jalan di tenggelami banjir sama ada dari arah Ajil atau Kuala Berang.
“Penggunaan jengkaut ini juga bergantung kepada paras air kerana kita berdepan dengan risiko arus terlalu deras,” ujarnya. – UTUSAN
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source