Kerajaan sedia bantu pemain industri berkaitan pekerja asing sektor 3D
PETALING JAYA – Industri komoditi negara masih memerlukan pekerja-pekerja asing bagi sektor pekerjaan 3D (kotor, bahaya dan sukar).
Menteri Perladangan dan Komoditi (KPK), Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, ini kerana kesukaran pihak pemain industri untuk mendapatkan pekerja tempatan.
“Kita kena ingat dalam industri komoditi ni ia juga industri buruh terutamanya pengurusan ladang. Kita ada teknologi macam mana canggih pun, tak boleh lari daripada memikili pekerja ladang yang bagus.
“Rakyat Malaysia bukan macam 34 tahun dulu, ramai small holder (pekebun kecil) boleh buat tapi bila dia dah masuk umur 60 atau 70, anak-anak pergi belajar luar ngara, tak akan nak jaga (sambung).
“Jadi macam mana kita nk cipta sustainability (kemamapanan) tu. Tapi apa yang berlaku hari ni, segmen pasaran ini kita tak ada, begitu juga dengan sektor berskala besar.
“Mereka juga perlukan pekerja asing sebab sukar dapat pekerja tempatan dan mereka ada lagi besar (perusahaan).
“Sebab tu ketika pandemik Covid-19 mereka tak boleh dapat pekerja jadi negara punya production pun jatuh,” katanya.
Beliau berkata, kerajaan perlu bersedia dan membantu golongan ini tentang bagaimana untuk mengatasi masalah berkenaan susulan mereka memerlukannya bagi industri 3D.
“Kadang-kadang yang bukan industri 3D boleh dapat tapi mereka tak dapat, kenapa? Itu yang kita kena kaji.
“Kemudian bila mereka dah dapat pekerja asing ni, kita kena latih dan pastikan semua ni patuh dengan standard ditetapkan.
“Tak boleh keadaan kehidupan tu di luar imiginasi, tak boleh ada buruh paksa, bawah umur, gaji tak patuh, tak boleh tu.
“Kena ingat, China, India negara Eropah, negara-negara ni mewakili hampir 40 peratus eksport negara jadi kalau sesiapa ‘make a noise’, ia akan ‘trigger’ (cetuskan) pasaran keseluruhan,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source