Zainal Abidin Dedah Berebut Lagu Dengan Celine Dion
Pasti ramai tahu lagu Puteri nyanyian Datuk Zainal Abidin sememangnya cukup popular. Namun, ada kisah disebalik lagu tersebut yang tidak diketahui ramai.
Baru-baru ini, penyanyi berusia 64 tahun itu mendedahkan lagu Puteri yang dirakamkan pada tahun 2004 pernah menjadi rebutan penyanyi terkenal antarabangsa, Celine Dion.
BACA: Zainalabidin Tak Malu Mengaku Guna ‘Botox’ Demi Jaga Penampilan
Menerusi satu temu bual, Zainal berkata lagu tersebut mendapat perhatian Celine namun pihak syarikat rakaman Warner Music Malaysia terlebih dahulu membayar untuk memiliki hak lagu berkenaan.
@selebritionline Datuk Zainal Abidin berkongsi mengenai kisah lagu “PUTERI”.. #SembangEntertainment #MusicOnTrend #fyp #fyp? #fyp??viral #fypage #hiburan #entertainment #filem #lokal #selebriti #artis #trendingnewsMalaysia #muzik #konsert #amgras #amgrassoundmeta2pro #honor #honormalaysia #honormagic5pro #ZainalAbidin #DatukZainalAbidin #Puteri #LaguPuteri #concert #music #beritadiTikTok #tiktok #selebritionline
“Lagu ini sebenarnya dah pun dibeli dan ditempah tapi belum dibayar oleh Celine Dion. Dalam Bahasa Inggeris lagu ini berjudul Heart Don’t Lie.
“Lagu ini sudah berada di ‘rak-rak’ mereka, maka saya dan pihak Warner Music Malaysia bayar lagu itu dan dijadikan lagu Puteri yang saya nyanyikan,” katanya.
Menurut Zainal lagi, selepas dia merakamkan lagu berkenaan Celine ada menghubunginya dan berlaku pertengkaran kecil namun dapat diselesaikan secara baik.
“Apabila saya rakamkan lagu tersebut dan didengar oleh Celine Dion, dia marah. Dia telefon saya dari Kanada secara terus mengatakan bahawa dia ingin mengambil kembali lagu itu. Pertengkaran kecil berlaku. Saya kata ‘ini bukan lagu awak lagi, ianya telah dibayar dan menjadi hak Warner Music Malaysia’.
“Maka sudah tiada masalah dengan Celine Dion, kami berkawan, sekali sekala kami hantar mesej tanya khabar antara satu sama lain,” katanya.
Dalam pada itu, Zainal berkongsikan lagu berkenaan tidak boleh dipertandingkan dalam negara kerana pencipta asal lagu itu bukan dari Malaysia.
“Lirik saya sudah lupa siapa yang terjemah tetapi lagu itu tidak boleh dipertandingkan kerana penulis, penggubah dan pemilik asal lagu bukan rakyat Malaysia.
“Saya rasa lagu itu memiliki tarikan tersendiri dari segi melodinya dan lirik yang baru, ia sangat tepat dengan pasaran Malaysia,” katanya.
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js?v=next’);
window.fbAsyncInit = function() {
FB.init({
appId : ‘271636379888218’,
xfbml : true,
version : ‘v3.2’
});
FB.AppEvents.logPageView();
};
(function(d, s, id) {
var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0];
if (d.getElementById(id)) return;
js = d.createElement(s); js.id = id;
js.src = “https://connect.facebook.net/en_US/sdk.js”;
fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs);
}(document, “script”, “facebook-jssdk”));
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source