Suri rumah rugi RM50,000 ditipu tawaran kerja di Tik Tok
MIRI – Seorang suri rumah rugi sebanyak RM50,000 akibat terpedaya dengan tawaran kerja sambilan dalam Tik Tok yang menjanjikan komisen.
Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata, mangsa yang berusia dalam lingkungan 30-an itu telah membuat urusan kerja sambilan secara dalam talian dengan melakukan tugasan menekan butang ‘follow’ dan ‘like’ dalam laman Tik Tok yang diberikan oleh suspek bagi mendapat komisen.
Katanya selepas itu, wang e-dompet bayaran dalam aplikasi itu didapati tidak mencukupi dan suspek meminta mangsa membuat bayaran ke akaun diberikan dengan menjanjikan komisen dapat dibayar kepada mangsa.
“Mangsa buat lapan kali transaksi ke akaun bank pihak ketiga yang diberikan suspek hingga berjumlah RM50,000 dan hanya sedar tertipu apabila komisen dijanjikan masih belum diperolehi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Susulan itu, Alexson berkata mangsa tampil membuat laporan polis semalam untuk siasatan dan tindakan lanjut dan satu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source