Peralihan tenaga memerlukan lebih kepelbagaian
PETALING JAYA – Ketika Malaysia telah mempamerkan prestasi konsisten untuk pertumbuhan dalam sektor tenaga boleh diperbaharui (RE), keperluan untuk meningkatkan kecekapan tenaga dan mengurangkan kebimbangan alam sekitar memerlukan kepelbagaian campuran tenaga mampan.
Badan pemikir tempatan, Datametrics Research and Information Centre Sdn. Bhd. (Dare) baru-baru ini menerbitkan laporan Analisis Perbandingan Platform Tenaga Boleh Diperbaharui dan Mampan di Malaysia, yang menggariskan perbandingan sumber tenaga bagi memajukan matlamat rendah karbon Malaysia.
Laporan itu menyelami pelbagai sumber seperti suria, angin, hidro, geoterma, biogas dan biojisim, selain meneliti potensi sinergistik Penjanaan Bersama (Cogen) dan sistem Pemulihan Sisa Haba (WHR), kedua-duanya penting bagi cita-cita Malaysia untuk mencapai70 peratus RE menjelang 2050.
Pengarah Urusan Dare, Pankaj Kumar berkata, penggunaan teknologi lestari dan campuran tenaga yang pelbagai, bersama-sama dengan penyesuaian iklim dan pembiayaan daya tahan tidak harus dilihat sebagai beban, sebaliknya sebagai peluang yang membuahkan faedah kewangan.
“Dengan Cogen sebagai contoh, ia mampu mencapai kira-kira 40 hingga 60 peratus pengurangan kos tenaga.
“Industri dan perniagaan terutamanya, perlu menilai peluang dari segi kehematan fiskal, dividen alam sekitar dan pulangan pelaburan daripada inisiatif tenaga hijau,” katanya dalam satu kenyataan.
Safran, sebuah syarikat aeroangkasa misalnya, telah mencapai penjimatan sebanyak 168,000,000 kWj untuk lebih sepuluh tahun di kemudahan WHR miliknya di Sendayan, Seremban.
Projek ini, yang dijalankan oleh Kinergy Advancement Berhad, menonjolkan faedah praktikal teknologi mampan seperti sistem Cogen dan WHR.
Laporan penuh yang menawarkan cerapan strategik untuk penggubal dasar, pelabur dan pemimpin industri, tersedia untuk dimuat turun di laman web Dare. – KOSMO! ONLINE
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source