Ernie Zakri ‘ugut’ nak tarik diri
PETALING JAYA – “Jika perkara ini (lagu dinyanyikan Nadeera) berterusan, saya dan ketiga-tiga komposer berhak tarik diri daripada SFMM38.”
Demikian respons penyanyi Ernie Zakri apabila namanya sebagai pelantun asal lagu Astana digugurkan pada pengumuman 30 lagu yang layak ke Separuh Akhir Muzik Muzik 38 (SFMM38), baru-baru ini.
Kate Ernie, 31, keputusan penukaran penyanyi untuk lagu berkenaan tanpa sebarang makluman seolah-olah tidak menghormati dirinya sebagai penyanyi asal.
“Keputusan ini dibuat di luar pengetahuan saya sebagai penyanyi dan juga komposer karya tersebut.
“Saya juga tidak menerima apa-apa e-mail rasmi atau pun surat menyatakan apa-apa perincian berhubung perkara terbabit.
“Saya penyanyi yang sentiasa menyokong muzik industri dan juga mahu yang terbaik untuk karier saya,” katanya dalam hantaran Instagram semalam.
Pemilik nama lengkap Nur Ernie Shahirah Zakri yang kini berada bawah naungan syarikat rakaman Universal Music Malaysia (UMM) berkata, buat masa ini dia hanya menunggu kata putus pihak pengurusan untuk melakukan sebarang tindakan.
“Sebagai penyanyi, saya memang sokong industri muzik kita dan berbesar hati menyertai mana-mana pertandingan untuk memartabatkan seni hiburan terutama selepas beberapa kali bersama keluarga AJL.
“Sekarang saya berada bawah naungan UMM dan difahamkan syarikat adalah ahli Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM).
“Seperti kenyataan UMM, pihak RIM sedang berunding dengan Media Prima Berhad (MPB) bagi beberapa isu yang harus diselesaikan,” tuturnya.
Kongsinya lagi, sementara menunggu keputusan mengenai pencalonan Astana ke SFMM38, dia terkejut apabila posisi serta karyanya diambil alih pihak lain iaitu Nadeera.
“Sementara menunggu, saya harus akur dan mengikut prosedur ditetapkan.
“Namun, saya mendapat perkhabaran lagu ini dicalonkan ke peringkat separuh akhir pertandingan itu selain sudah ada penyanyi gantian,” jelasnya lagi.
Semalam, UMM akui masih berada di fasa rundingan bersama RIM selain menafikan Ernie sengaja enggan menyanyikan lagu tersebut.
Terdahulu, Astana yang juga ciptaan Ernie bersama Omar K, Syamel dan Shazriq Azeman dicalonkan ke SFMM38 tahun ini seperti yang diumumkan, baru-baru ini.
Bagaimanapun, kemunculan Ernie digantikan dengan penyanyi, Nadeera.
Selepas perkara tersebut tular dan peminat mendesak bekas syarikat rakaman yang pernah dinaungi Ernie iaitu Rocketfuel Entertainment memberi penjelasan, mereka mendakwa Ernie yang memutuskan untuk tidak menyanyikan lagu tersebut dalam SFMM38.
tahun sebelumnya, Ernie juga pernah berdepan situasi sama apabila lagu asalnya iaitu Berakhirlah Pencarianku gandingan duet bersama Hafiz Suip digantikan dengan Wani Kayrie pada SFMM37.
SFMM38 yang menyenaraikan 30 lagu akan bersiaran secara langsung selama tiga hari bermula esok bagi menentukan 12 calon yang layak Anugerah Juara Lagu (AJL) pada 3 Mac 2024. – KOSMO! ONLINE
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source