Bayi 7 bulan rentung: Bapa akhirnya ‘pergi’ selepas 8 hari bertarung nyawa
KOTA BHARU – Pemandu kereta Honda Jazz yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 69, Jalan Kota Bharu-Gua Musang pada minggu lalu disahkan meninggal dunia pagi tadi selepas lapan hari bertarung nyawa di hospital.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Kamarulzaman Harun berkata, Wan Shahrizat Azwan Wan Shahril, 28, yang melecur 80 peratus pada anggota badannya dalam nahas pada 27 November lalu disahkan meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu kira-kira pukul 10.45 pagi tadi.
Menurutnya, arwah sebelum ini dirawat di Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP), Kuala Krai, sebelum dipindahkan ke HRPZ II atas permintaan ahli keluarga.
“Mangsa ketika itu masih berada dalam keadaan kritikal dan dipantau rapi oleh doktor selain perlu bergantung sepenuhnya kepada mesin bantuan pernafasan.
“Selepas lapan hari bertarung nyawa, Wan Shahrizat Azwan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU), HRPZ II,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.
Akhbar Kosmo! sebelum ini, melaporkan konvoi tiga kenderaan berakhir dengan tragedi selepas bayi perempuan berusia tujuh bulan rentung manakala bapanya melecur 80 peratus dalam kebakaran kereta yang terbabas di kilometer 69 Jalan Kota Bharu-Gua Musang, di sini pada 27 November lalu.
Dalam kejadian kira-kira 4 pagi, bayi tersebut Wan Sabeena Arisha Wan Shahrizat, bapanya Wan Shahrizat Azwan Wan Shahril, 28 dan ibunya Norhasidah Razmi, 25, dalam perjalanan ke Kota Bharu.
Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Suzaimi Mohamad berkata, hasil siasatan mendapati, kemalangan berlaku semasa kereta terbabit hilang kawalan sebelum melanggar pembahagi jalan.
“Akibat pelanggaran itu, kereta terbabit terbakar 100 peratus dan seorang bayi berusia tujuh bulan disahkan meninggal dunia akibat rentung,” katanya. – KOSMO! ONLINE
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source