NSFC komited pastikan isu tunggakan gaji tidak berulang
SEREMBAN – Negeri Sembilan FC (NSFC) selaku Pasukan Liga Super komited dalam memastikan isu tunggakan gaji melibatkan pemain pasukan itu seperti dihadapi pada musim ini tidak berulang lagi.
Pengerusinya, Tunku Besar Tampin, Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri berkata, pihaknya tidak mahu isu tersebut berlaku lagi dan pasukan akan memberikan komitmen untuk menambah baik perkara berkaitan kewangan pada musim akan datang.
Menurut beliau, perkara itu merupakan faktor yang tidak ingin berlaku lagi pada musim akan datang disebabkan masalah kekangan kewangan berlaku ekoran penambahan penglibatan pasukan dalam kejohanan, penambahan pasukan dan kekurangan dana yang diperoleh tahun ini.
“Ia bersama hutang yang dibawa ke tahun ini menjadi penyebab kami bermasalah, pada awalnya tidak ketara tetapi kemudian setiap bulan yang kami hadapi ia menjadi tahap kritikal, jadi kita tidak mahu ia berulang lagi.
“Saya sudah maklumkan kepada penasihat Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS) iaitu Menteri Besar (Datuk Seri Aminuddin Harun) dan juga individu yang lain dan mereka juga lihat masalah yang kami hadapi ini dan insya-Allah kami akan tambah baik pentadbiran kewangan,” katanya.
Tunku Syed Razman yang juga Presiden PBNS berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Kongres PBNS Ke-89 di sini hari ini.
Mengulas lanjut, beliau memberitahu, PBNS juga ada mengadakan perbincangan dengan kepemimpinan negeri selain bersetuju bahawa penambahan dana harus dilakukan supaya pasukan yang dihantar bertanding dapat memberikan saingan.
Sementara itu, walaupun NSFC masih mempunyai baki dua perlawanan dalam Liga Super, Tunku Syed Razman memaklumkan, perancangan telah dimulakan untuk musim hadapan termasuk berkaitan barisan pemain dan jurulatih.
“Perancangan memang ada namun akan dimuktamadkan dalam masa terdekat memandangkan Liga Super masih berjalan, ia kami telah ambil kira beberapa aspek untuk penambahbaikan termasuk daripada segi PBNS, NSFC juga pengurusan dan sebagainya.
“Itu juga dalam pertimbangan (kedudukan ketua jurulatih), akan ambil pertimbangan sungguh serius kerana kita mahu pasukan yang mantap untuk bersaing, tetapi saya tidak dapat menyatakan pada ketika ini masih dalam pertimbangan,” katanya. – KOSMO! ONLINE
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source