Banjir: Tinggal tiga sekeluarga di PPS
KUALA TERENGGANU: Tiga sekeluarga menjadi mangsa banjir terakhir yang masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pukul 9 malam ini.
Mereka masih ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Atas Tol, Kuala Terengganu kerana persekitaran rumah masih belum selamat untuk didiami.
Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu berkata, sepanjang hari ini, cuaca agak baik membolehkan ramai mangsa banjir pulang ke rumah mereka petang tadi.
Bagaimanapun, Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan amaran hujan berterusan (waspada) akan bermula esok.
Hujan berterusan dijangka berlaku di negeri Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Machang dan Pasir Puteh) serta Terengganu (Besut, Setiu dan Kuala Nerus) bermula esok hingga Ahad (3 Disember).
Dalam pada itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melalui portal
https://publicinfobanjir.water.gov.my/aras-air pula melaporkan semua sungai di Terengganu telah menunjukkan bacaan yang normal malam ini.
Bagaimanapun, stesen bacaan Sungai Nerus di Kampung Bukit di daerah Setiu juga masih melepasi paras waspada iaitu 10.66 meter berbanding paras waspada 10.5 meter. – UTUSAN
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source