Pemilik syarikat nafi gagal bayar cukai pendapatan lebih RM80,000
SEREMBAN – Seorang wanita pemilik syarikat penjualan dan penyelenggaran penapis air mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, atas dua pertuduhan gagal mengemukakan penyata pendapatan Borang B dari 2017 hingga 2021 membabitkan nilai cukai pendapatan RM83,504.
Mengikut pertuduhan pertama, orang kena saman (OKS) gagal mengemukakan penyata pendapatan dalam Borang B bagi tahun 2017 dan 2018 pada atau sebelum 30 Jun tahun berikutnya kepada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri dengan tiada sebab munasabah yang membabitkan pendapatan bercukai berjumlah RM248,392.
OKS, Noorzadila Saman, 38, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Noorhafizah Ishak selepas pertuduhan dibacakan.
Bagi pertuduhan kedua, wanita berkenaan didapati gagal mengemukakan penyata pendapatan dalam Borang B bagi tahun 2019, 2020 dan 2021 pada atau sebelum 30 Jun tahun berikutnya kepada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri dengan tiada sebab munasabah yang membabitkan pendapatan bercukai berjumlah RM367,839.
Justeru itu, OKS melakukan suatu kesalahan mengikut Seksyen 112(1A) Akta Cukai Pendapatan 1967 yang boleh dihukum mengikut seksyen dan akta sama.
Prosiding itu dikendalikan Pegawai Pendakwa Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Hood Ismail dan Muhammad Afiq Ahmad Tajuddin manakala OKS diwakili Peguam, Asmawi Ismail.
Mahkamah menetapkan 29 Disember sebagai tarikh sebutan semula bagi serahan dokumen. – KOSMO! ONLINE
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source