PRK Kemaman: 29 pusat undi berisiko banjir
KUALA TERENGGANU – Sebanyak 29 pusat pengundian di Kemaman dikenalpasti sebagai lokasi berisiko banjir menjelang hari mengundi pada 2 Disember depan.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan berbincang dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi langkah melaksanakan proses mengundi sekiranya terdapat pusat mengundi yang dilanda banjir.
“Kami tidak menolak kemungkinan pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah itu dijadikan pusat pengundian bagi memastikan kelancaran PRK Parlimen Kemaman,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Justeru, Mazli berkata, pihaknya menetapkan pengundian awal yang melibatkan 387 pegawai dan anggota PDRM dibuat secara undi pos bagi memberi tumpuan kepada banjir.
“Proses undi pos berjalan lancar dengan semua pegawai dan anggota terlibat sudah dinasihatkan untuk menyelesaikan tanggungjawab itu sehingga esok.
“Seramai 387 pegawai dan anggota PDRM dan enam anggota tentera akan menjalankan tugas selaku pengundi awal bermula hari ini,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source