RUU Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam boleh dicabar di Mahkamah
PETALING JAYA – Jabatan Peguam Negara menjelaskan, peruntukan berkenaan dengan generasi penamat ‘generational end game’ (GEG) yang diperuntukkan di dalam Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam boleh dicabar di Mahkamah.
Peguam Negara, Datuk Ahmad Terrirudin Mohd. Salleh melalui satu kenyataan berkata, Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam boleh dicabar di Mahkamah kerana bercanggah dengan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan.
“Jabatan ini menegaskan bahawa Jabatan ini pada setiap masa secara konsisten telah memberikan pandangan undang-undang sejak tahun 2022 bahawa peruntukan berkenaan dengan generasi penamat (generational end game) yang diperuntukkan di dalam Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam boleh dicabar di Mahkamah.
“Ini kerana bercanggah dengan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan memandangkan peruntukan itu mewujudkan layanan undang-undang yang tidak sama rata di antara seseorang yang dilahirkan sebelum 1 Januari 2007 dan seseorang yang dilahirkan pada dan selepas 1 Januari 2007,” jelas kenyataan tersebut sebentar tadi.
Katanya, kenyataan tersebut dikeluarkan Jabatan Peguam Negara merujuk kepada kenyataan media yang dikeluarkan oleh Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang disiarkan dalam portal CodeBlue bertarikh 14 November 2023 dan portal New Straits Times bertarikh 16 November 2023.
Terdahulu, Khairy menerusi kenyataan yang disiarkan portal CodeBlue mendakwa, terdapat dua menteri kabinet menyekat rang undang-undang yang bertujuan menjadikannya rakyat Malaysia yang dilahirkan selepas 2007 diharamkan untuk membeli atau mengambil produk nikotin.
Khairy melalui hantaran di Instagram turut meluahkan kekecewaan kerana kabinet memutuskan untuk menggugurkan peruntukan berkaitan larangan tembakau dan vape berdasarkan umur daripada rang undang-undang tersebut.
Sebelum ini, Khairy ketika menjawat jawatan Menteri Kesihatan telah memberi bayangan bahawa kerajaan bakal mengharamkan rokok di masa hadapan dengan melarang penjualan rokok dan produk tembakau kepada mereka yang lahir selepas 2007 di Parlimen. – KOSMO! ONLINE.
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source