Saya mungkin sertai politik sebab kes ini – Agus
BANGI – Bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Dr. Mohammad Agus Yusoff memberitahu beliau mungkin menyertai politik selepas palit kontroversi dengan seorang penolong pegawai di jabatannya, Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani.
Mohammad Agus berkata, beliau juga sudah membatalkan rancangan untuk berhijrah ke Indonesia dan akan menetap di Malaysia sehingga kes ini selesai.
“Kes ini tidak mengganggu pelan saya namun saya membuat keputusan untuk tidak pergi ke sana sehingga kes ini selesai kerana ini bukan satu kes yang kecil.
“Malah kalau dahulu saya kata saya tidak akan terlibat dalam politik, namun disebabkan kes ini, saya mungkin sertai politik,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Hotel Tenera, di sini hari ini.
Terdahulu, tular satu klip video memaparkan perbualan jelik antara Mohammad Agus dan Abdul Wahab sejak semalam di laman media sosial.
Mendakwa rakaman tular itu disunting pihak tidak bertanggungjawab, Muhammad Agus berkata, kejadian seumpama itu bukan kali pertama berlaku kepadanya sekali gus menafikan perbuatanya dalam video terbabit.
“Saya ingat ada satu video yang mengatakan bahawa saya berkata (Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim) tidak boleh terima kritikan.
“Dalam video itu ada suara saya, sebiji sama semua dengan pergerakan bibir dan lenggok badan. Jadi, begitulah dalam dunia teknologi sekarang ini,” ujarnya.
Bagaimanapun, beliau akan menyerahkan tindakan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menyiasat kesahihan video berkenaan termasuk individu yang didakwa terlibat dalam komplot itu.
Semalam, Mohamad Agus dilaporkan telah menghantar notis perletakan jawatan yang mana akan berkuat kuasa pada 4 Disember depan. – KOSMO! ONLINE.
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source