Dipenjara 22 tahun, 15 sebatan ‘ratah’ anak tiri sampai beranak
SEREMBAN – Seorang peniaga pakaian warga Bangladesh dihukum penjara 22 tahun dan 15 sebatan atas pertuduhan melakukan sumbang mahram terhadap anak tiri perempuannya berusia 13 tahun ketika kejadian sehingga melahirkan anak pada 2020.
Hakim Datin Surita Budin menyifatkan perbuatan tertuduh berusia 44 tahun itu diibaratkan seperti ‘haruan makan anak’ kerana dia sepatutnya menjaga dan melindungi mangsa setelah kematian ibunya akibat kanser otak pada 2018.
“Orang Kena Tuduh (OKT) sepatutnya melindungi anak tirinya dan bukan mengambil kesempatan ke atas mangsa yang berusia 13 tahun sehingga mengandung dan melahirkan anak lelaki serta faktor ibu kandungnya yang baharu meninggal dunia semasa kejadian berlaku,” katanya ketika prosiding keputusan kes di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.
Keputusan itu dibuat Surita setelah mendengar mitigasi pertuduhan dan hujahan pemberatan daripada pihak pendakwaan selain mengambil kira faktor kepentingan awam.
Mengikut pertuduhan, tertuduh telah melakukan sumbang mahram terhadap anak tiri perempuannya yang berusia 13 tahun ketika kejadian.
Kesalahan itu dilakukan lebih kurang pukul 10.30 malam di Kampung Orang Asli, Tekir Mantera Labu, Batu 10, Seremban di sini pada 15 Februari 2020. – KOSMO! ONLINE
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source