Remaja maut, 9 cedera kemalangan dua kenderaan
KOTA TINGGI – Seorang remaja maut selepas Perodua Alza dinaiki terlibat kemalangan dengan sebuah van di Kilometer 44.2 Jalan Johor Bahru-Mersing, hari ini.
Mangsa, Norhanini Yunus, 19, disahkan maut di lokasi kejadian manakala tiga lagi merupakan ahli keluarganya yang menaiki kenderaan sama mengalami kecederaan.
Komander Operasi Balai Bomba Penyelamat (BBP) Kota Tinggi, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Rafi Mohd Nor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kemalangan itu pada pukul 1.16 petang.
“Kemalangan melibatkan Perodua Alza dinaiki empat orang mangsa dengan van jenis Toyota Hiace dinaiki enam orang lelaki.
“Terdapat seorang pemandu dan dua penumpang tersepit pada kenderaan Perodua Alza manakala mangsa lain tidak tersepit. Sementara kesemua mangsa yang menaiki van hanya mengalami cedera dan tidak tersepit.
“Pasukan Keluaran Operasi (PKO) bertindak mengeluarkan mangsa tersepit dan memberikan rawatan awal kepada mangsa cedera.
“Bagaimanapun salah seorang daripada penumpang Perodua Alza yang tersepit telah disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan,” katanya di sini hari ini.
Menurutnya, kesemua mangsa cedera dihantar menaiki jentera EMRS dan ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut manakala mangsa maut diserahkan kepada pihak polis.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, kemalangan disyaki berpunca daripada van membawa pekerja kilang itu hilang kawalan ketika sampai di lokasi kejadian.
“Ekoran kemalangan itu menyebabkan seorang mangsa wanita Melayu warga tempatan berusia 19 tahun maut akibat kecederaan parah di bahagian kepala kesan daripada kemalangan itu.
“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk urusan bedah siasat dan kes disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.-KOSMO! ONLINE
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source