SME Corp utamakan 8 sektor PMKS di Malaysia, Singapura
KUALA LUMPUR – Sebanyak lapan sektor akan diberi keutamaan untuk aktiviti padanan perniagaan bagi mendorong pertumbuhan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) di Malaysia dan Singapura.
Ketua Pegawai Eksekutif SME Corporation Malaysia, Rizal Nainy berkata, sektor berkenaan adalah pertanian pintar, elektrik dan elektronik, aeroangkasa, peranti perubatan, industri halal, minyak dan gas, pelancongan dan biomassa.
Menurutnya, Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani secara rasmi bersama Ketua Pegawai Eksekutif Enterprise Singapore, Lee Chuan Teck Isnin lalu bakal mengukuhkan lagi kerjasama dua hala.
“Melalui MoU ini, kami berhasrat ia bakal membawa kepada kerjasama lebih erat serta kemakmuran ekonomi untuk Malaysia dan Singapura, khususnya dalam pembangunan PMKS menerusi perkongsian pengetahuan, pengalaman dan amalan terbaik.
“Kerjasama ini memberikan tumpuan kepada aspek latihan, pendigitalan, kelestarian dan akses pasaran yang lebih luas untuk PMKS kedua-dua negara.
“Kedua-dua negara amat mengharapkan untuk mengambil peluang daripada potensi sektor PMKS masing-masing dan memanfaatkan kerjasama ini bagi menyokong aspek keusahawanan, inovasi dan pertumbuhan ekonomi,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Majlis pemeteraian MoU berkenaan disaksikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong di The Istana, Singapura, Isnin lalu.
Pada tahun 2022, Singapura muncul sebagai rakan dagang kedua terbesar Malaysia di peringkat global dan menduduki tangga teratas dalam kalangan negara ASEAN.
“Jumlah dagangan antara kedua-dua negara mencecah RM368.1 bilion, dengan lebihan perdagangan kepada Malaysia.
“Eksport Malaysia ke Singapura pada 2022 mencecah RM232.56 bilion, manakala import berjumlah RM135.63 bilion,”ujarnya. -KOSMO! ONLINE
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source