JPN terima 1,116 permohonan kad pengenalan, daftar lewat kelahiran Orang Asli
GUA MUSANG: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah menerima sebanyak 1,116 permohonan dokumen seperti kad pengenalan dan daftar lewat kelahiran daripada masyarakat Orang Asli menerusi program turun padang ke kawasan pedalaman di Kelantan tahun ini.
Timbalan Ketua Pengarah Pendaftaran Negara (Pengurusan), Faizah Jaarudin berkata, jumlah tersebut merangkumi 206 permohonan kad pengenalan, 143 permohonan daftar lewat kelahiran serta 767 khidmat nasihat.
Katanya, JPN komited menjalankan program turun padang dan prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh masyarakat Orang Asli yang tinggal di kawasan pedalaman.
“Ini merupakan pendekatan proaktif JPN dalam memastikan setiap penduduk di Malaysia yang layak mendapat dokumen pengenalan diri yang sah.
“Adanya dokumen pengenalan diri membolehkan mereka menikmati pelbagai kemudahan yang ditawarkan oleh pihak kerajaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Menyemai Kasih Rakyat (Mekar) Siri Jelajah ke 75 buah perkampungan Orang Asli bersempena sambutan Jubli Intan 75 tahun JPN di Pos Brooke hari ini.
Faizah memberitahu, pihak JPN terpaksa meredah perjalanan sehingga 10 jam perjalanan disebabkan struktur geografi serta akses ke perkampungan Orang Asli dalam usaha menyediakan perkhidmatan jabatan tersebut.
Katanya, proses pendaftaran tidak memerlukan tempoh yang lama untuk diselesaikan sekiranya permohonan dilakukan mengikut prosedur yang betul.
“Sekiranya permohonan dibuat secara terus dalam masa setengah jam sahaja sudah pun siap kad pengenalan. Tetapi sekiranya terdapat isu dokumen tidak lengkap maka tempoh untuk kad pengenalan disiapkan adalah dalam masa lima hari bekerja.
“Pelbagai halangan dan rintangan terpaksa dilalui oleh pihak JPN Kelantan, walau bagaimanapun halangan tersebut tidak mematahkan semangat pihak jabatan dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat,” katanya.
Tambah Faizah, JPN sentiasa komited dalam memastikan penyampaian perkhidmatan yang terbaik dan berkualiti agar pengurusan identiti penduduk Malaysia akan terus dilindungi dan diurus dengan penuh integriti, cekap dan efisien. – UTUSAN
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source