Karenah tok kadi ‘buli’ pengantin tidak dibenar di Perlis
KANGAR – Perbuatan atau karenah sesetengah tok kadi atau jurunikah yang kerap ‘membuli’ pasangan pengantin semasa akad nikah tidak dibenarkan berlaku di negeri ini.
Khutbah Jumaat bertajuk Islam Memudahkan Perkahwinan dikeluarkan Jabatan Mufti Perlis di sini hari ini itu menyebut bahawa antara peruntuh nilai-nilai baik dalam kehidupan manusia adalah apabila dipermudahkan yang haram dan disukarkan yang halal.
Menurutnya, tindakan tok kadi atau jurunikah yang selalu ‘mendera’ pengantin agar mengulang-ulang lafaz terima ketika akad nikah kononnya belum sah adalah tidak wajar.
“Akad itu digambarkan begitu sulit dan susah sehingga seseorang menjadi terketar-ketar untuk menyebutnya. Diatur ayat lafaz akad itu dengan begitu skema sehingga pengantin kesejukan untuk menghafalnya.
“Padahal akad nikah tujuannya bagi menggambarkan persetujuan kedua-dua belah pihak menjadi suami isteri yang sah. Dengan perkataan nikah, bersama apa sahaja ayat yang membawa maksud kepada mengahwinkan seseorang dengan pasangannya, maka sah ijab dan kabul itu apabila rukun-rukunnya dipenuhi,” katanya.
Katanya lagi, tidak disyaratkan kabul mesti satu nafas atau dua nafas atau berjabat tangan atau menyusun ayat dalam bahasa sanskrit lama.
“Apa yang ingin kita jelaskan betapa proses ijab kabul itu begitu mudah dan senang. Tidak timbul terpaksa berulang-kali seperti dibuat oleh sesetengah pihak yang membuli pengantin.
“Jika jawapan yang diperlukan begitu ringkas dan jelas serta pengantin pun telah melakukannya, mengapa pula ada tok kadi yang sengaja bertanya hadirin perlu ulang ke? Ini adalah permainan buli yang cuba dicampur aduk dengan hukum syarak,” jelasnya.
Katanya, lebih buruk lagi apabila ada jurunikah pada majlis akad itu cuba menguji pengantin dengan menyuruh membaca itu dan ini.
“Ada yang bertanya rukun Islam, rukun Iman, rukun nikah dan seumpamanya. Padahal jurunikah yang mesti memastikan rukun tersebut dipenuhi, itu tugasannya, bukan bertanya kepada pengantin.
“Ada yang suruh mengucap dua kalimah syahadah, seakan-akan jurunikah ragu-ragu dengan keislaman pengantin. Berbagai lagi tingkah laku jurunikah yang tidak wajar sehingga hari bahagia atau gembira pengantin menjadi hari yang dia dimalukan. Hal ini kita tidak benarkan berlaku di Perlis,” ujarnya.
Tambahnya, pernikahan hendaklah meneladani kemudahan yang dianjurkan oleh Nabi Muhammad SAW. – KOSMO! ONLINE
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source