Kerajaan gagal tonjol tatakelola baik – Pemuda Pas
SHAH ALAM: Pemuda Pas mendakwa Kerajaan Perpaduan dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal menonjolkan tatakelola yang baik dan hal tersebut jelas ketika berdepan pilihan raya negeri (PRN) Ogos lalu.
Menurut Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden, ketika itu kerajaan dilihat mengambil kesempatan menggunakan jentera kerajaan dalam kempennya untuk meraih sokongan politik terhadap Pakatan Harapan (PH).
“Beliau (Anwar) menggunakan jentera kerajaan bagi kempen politik dan ini bukan satu tatakelola yang baik.
“Beliau mengarahkan jentera kerajaan mengikut parti politik. Jentera kerajaan dah ada GO (general order) dan ada tatacaranya,” katanya dalam sidang akhbar selepas Muktamar Dewan Pemuda Pas ke-64, malam tadi.
Beliau menjelaskan, tatakelola yang baik adalah memisahkan parti politik dengan jentera kerajaan sebagai contoh di empat buah negeri yang menunjukkan tatakelola baik membuatkan rakyat tertarik memilih Perikatan Nasional (PN) memerintah di situ.
“Ia disebabkan model SG4 (State-Government 4) diperkenalkan oleh PN. Insya-Allah kalau kita akan bawa model ini di peringkat Persekutuan.
“Sekiranya Kerajaan Persekutuan sekarang ini menunjukkan tatakelola yang baik, kita tidak mempunyai masalah untuk mereka menerajui negara,” ujarnya. – UTUSAN
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source