Dua langkah sebelum Zii Jia julang gelaran
KUALA LUMPUR – Jaguh badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia semakin menghampiri kejuaraan pertamanya tahun ini apabila mengesahkan tiket ke separuh akhir Terbuka Arctic di Vaanta, Finland.
Zii Jia, 25, meraih kejayaan itu selepas lawannya yang juga rakan senegara, Leong Jun Hao gagal menamatkan set ketiga disebabkan masalah kecederaan kaki dialaminya pada suku akhir sebentar tadi.
Jun Hao, 24, terpaksa menarik diri ketika ketinggalan 7-11 kepada Zii Jia dan terpaksa meninggalkan gelanggang dengan menaiki kerusi roda.
Ia sekali gus membolehkan Zii Jia yang berada di ranking ke-14 dunia memenangi aksi itu dengan keputusan 21-16, 19-21, 11-7 dalam pertarungan berlarutan selama satu jam satu minit.
Jika berjaya melepasi halangan separuh akhir hari ini, lawan Zii Jia di final nanti sama ada seorang lagi perseorangan negara, Ng Tze Yong yang akan berentap dengan Kanta Tsuneyama dari Jepun.
Turut berjaya mara ke separuh akhir ialah beregu meningkat naik, Man Wei Chong-Tee Kai Wun selepas menewaskan Pramudya Kusumawardan-Yeremia Rambitan dari Indonesia, 22-20, 21-18 di suku akhir.
Lawan mereka nanti adalah beregu Denmark, Rasmus Kjaer-Frederik Sogaard yang menewaskan pasangan negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi 16-21, 21-19, 21-14.
Melengkapkan wakil negara di separuh akhir nanti adalah beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei yang akan berentap dengan pasangan China, Jiang Zhenbang-Wei Yaxin.
Tang Jie-Ee Wei mara selepas membenam cabaran bekas juara dunia yang juga pilihan kedua kejohanan dari Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai 21-14, 21-17 dalam satu lagi aksi suku akhir semalam. – KOSMO! ONLINE
The post Dua langkah sebelum Zii Jia julang gelaran appeared first on Kosmo Digital.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source