Belanjawan 2024: RM200 juta disalur ke Perkeso laksana enam inisiatif
PETALING JAYA – Peruntukan RM200 juta kepada Kementerian Sumber Manusia untuk memperkasa jaringan perlindungan sosial dan memacu pasaran buruh selari dengan usaha Kerajaan Persekutuan ke arah agenda reformasi struktur.
Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar berkata, peruntukan dana menerusi menerusi Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) pada Belanjawan 2024 itu meliputi pelaksanaan enam inisiatif, termasuk pengenalan dua inisiatif baharu.
“Perkara ini memudahkan integrasi kumpulan sasaran ke sektor awam dan peningkatan siling gaji dinsuranskan dari RM 5000 ke paras baru iaitu RM 6000 untuk Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) serta Akta Sistem Insurans Pekerjaaan 2017 (Akta 800).
“Kenaikan siling gaji diinsuranskan ke paras baharu ini akan berkuat kuasa selepas pindaan terhadap kedua-dua peruntukan akta berkenaan, sekali gus dijangka meningkatkan faedah tunai sebanyak 20.2 peratus bagi 1.45 juta pekerja dan orang tanggungan mereka jika ditimpa bencana kerja, keilatan, kematian atau kehilangan pekerjaan,” ulasnya.
Tambahnya, kedua-dua usaha ini diyakini dapat menjadi pemangkin sinergi keselamatan sosial, selain mewujudkan persekitaran pasaran buruh yang menepati prinsip kesaksamaan dalam kalangan masyarakat.
“Tekad Kerajaan Persekutuan dalam memaknai keutuhan perlindungan sosial rakyat juga dicerminkan menerusi penambahbaikan dua inisiatif sedia ada yang dilanjutkan, iaitu geran padanan caruman Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) dengan peruntukan RM100 juta dan tanggungan kerajaan dinaikkan kepada 90 peratus berbanding 80 peratus.
“Ini termasuklah pembiayaan caruman Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) menerusi peruntukan RM50 juta. Dua lagi inisiatif yang turut dilanjutkan adalah Program Latihan Bina Kerjaya (RM35 juta) dan skim sokongan pekerjaan di sektor swasta (RM30 juta), dengan tiga golongan sasar digariskan iaitu orang kelainan Upaya (OKU), bekas banduan dan warga emas,” katanya.
Menurutnya, dasar pengambilan pekerja OKU sebanyak satu peratus akan diperluaskan kepada golongan bekas banduan dan warga emas untuk dilaksanakan dipelbagai Kementerian, GLIC dan GLC serta rakan strategik Kerajaan.
“Pemerkasaan dasar ini akan disokong menerusi peranan pegawai perkhidmatan pekerjaan Perkeso dan platform portal perkhidmatan pekerjaan negara MYFutureJobs yang dilengkapi dengan kebolehan ‘Artificial Intelligent’.
“Ini dapat memastikan pemadanan pekerjaan yang cekap serta bersesuaian dengan golongan ini dapat dilakukan seterusnya mengurangkan tempoh penempatan pekerjaan bagi golongan tersebut,” katanya. – KOSMO! ONLINE
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source