Agong zahirkan kegusaran konflik Palestin
PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa dukacita dan gusar dengan konflik terkini di bumi Palestin yang mengorbankan ratusan nyawa di kedua-dua pihak.
Bagi memelihara kesejahteraan rakyat Palestin yang kini dalam kesempitan, Baginda menitahkan supaya seluruh masjid dan surau di negara ini serta rakyat Malaysia beragama Islam untuk mengadakan solat sunat hajat serta doa selamat di kediaman sendiri bagi memohon ihsan daripada Allah SWT.
Pada masa sama, Baginda menyeru seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama untuk bersama berdoa mengikut pegangan kepercayaan masing-masing agar pergolakan serta keganasan terbaharu itu dapat dihentikan dengan segera.
“Seri Paduka Baginda menzahirkan pandangan bahawa masyarakat antarabangsa dan kuasa besar dunia khususnya, wajib memikul tanggungjawab mereka untuk berusaha menghentikan pertempuran dengan serta merta bagi memastikan keamanan serta kestabilan dan mengelakkan pertumpahan darah lebih teruk.
“Sehubungan itu, Seri Paduka Baginda menzahirkan sokongan kepada ketetapan Kerajaan Malaysia yang menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) mengambil tindakan segera untuk menggesa semua pihak menghentikan keganasan, sekali gus menghormati dan melindungi nyawa orang awam,” titah baginda.
Titah tersebut dikeluarkan dalam satu kenyataan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Mejar Jeneral Datuk Zahari Mohd. Ariffin, hari ini.
Al-Sultan Abdullah turut menyeru negara-negara Islam terutamanya Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) untuk bersatu padu membantu menangani kesengsaraan dan masalah yang dihadapi oleh Palestin.
“Ini adalah kerana penafian hak asasi rakyat Palestin terutamanya pembentukan sebuah negara merdeka dan berdaulat dan penindasan yang berterusan adalah punca utama ketegangan Israel-Palestin berterusan. Selain itu, ia juga diakui bahawa rakyat Palestin berterusan diselubungi pendudukan haram, sekatan dan penderitaan serta pencerobohan ke atas Masjid Al-Aqsa sejak sekian lama,” titah baginda.
Titah baginda lagi, Malaysia menyokong dan berpegang teguh dengan pendirian bahawa hak rakyat Palestin perlu dikembalikan semula.
“Malaysia menyokong dan berpegang teguh dengan pendiriannya selama ini bahawa rakyat Palestin perlu dikembalikan hak mutlak bebas daripada pendudukan haram Israel, hak dikembalikan tanah yang dirampas oleh Israel dan hak membentuk sebuah negara Palestin yang merdeka dan berdaulat dengan mendapatkan sebuah negara yang merdeka dan berdaulat dengan Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu negara,” titah baginda lagi.
Justeru, Al-Sultan Abdullah turut bertitah supaya Malaysia dan rakyatnya sentiasa bersolidariti bersama Palestin dan menyeru seluruh rakyat supaya terus memperjuangkan prinsip keadilan, sikap hormat menghormati, di samping menentang sebarang bentuk keganasan dan kezaliman sesama manusia.-UTUSAN
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source