Tukang kebun didakwa serang abang guna parang panjang
JOHOR BAHRU – Seorang tukang kebun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru di sini hari ini atas tuduhan mendatangkan kecederaan terhadap abangnya menggunakan sebilah parang panjang di Pontian, minggu lalu.
Tertuduh, Azmi M. Taib membuat pengakuan itu setelah pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim VM Mabel Sheela.
Mengikut pertuduhan, lelaki berusia 53 tahun itu dituduh dengan sengaja telah menyebabkan cedera parah terhadap abang kandungnya, Sazali, 55, dengan menggunakan sebilah parang panjang yang boleh menyebabkan kematian.
Perbuatan itu dilakukan kira-kira pukul 4 petang di sebuah rumah di Parit Buloh Cina, Parit Sikom, Kayu Ara Pasong, Pontian, Jumaat lalu.
Pendakwaan itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Diyana Zubir manakala tertuduh diwakili peguam, Muhammad Faizzudin Abd Ra’fik.
Mahkamah membenarkan tertuduh yang juga bapa kepada empat anak diikat jamin sebanyak RM8,000 dengan syarat tambahan perlu melapor diri di balai polis berhampiran setiap bulan, menyerahkan pasport kepada mahkamah selain tidak mengganggu mangsa.
Tarikh 6 November depan ditetapkan sebagai sebutan semula untuk serahan dokumen.
Dalam kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan parah di kedua belah tangan dan kepala akibat ditetak adiknya.
Tangan kiri mangsa terpaksa dipotong di paras bawah siku setelah mengalami kecederaan serius dan banyak urat tangan yang terputus. – KOSMO! ONLINE
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source