Ambil tindakan pelancong Muslim berpakaian mencolok mata
KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri diminta mengambil tindakan lebih tegas terhadap pelancong Muslim yang berpakaian mencolok mata ketika berada di tempat pelancongan di negeri ini
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang, Zuraida Md. Noor berkata, tindakan tersebut perlu diambil kerana melanggar garis panduan pelancongan negeri Terengganu iaitu tidak mematuhi etika pemakaian pelancong Muslim.
Menurutnya, pemantauan terhadap pelaksanaan patuh syariah di seluruh negeri perlu dilakukan meliputi hotel, rumah peranginan, pulau, pantai, pusat hiburan, pawagam dan lokasi lain melibatkan semua portfolio, agensi dan jabatan kerajaan di Terengganu.
“Ini kerana, terdapat sesetengah pelancong muslim terutama di pusat peranginan dan pulau-pulau jelas melanggar garis panduan pelancongan negeri Terengganu iaitu tidak patuh dengan etika pemakaian untuk pelancong Muslim.
“Saya menyaksikan sendiri, pelancong Muslim wanita tanpa segan silu memakai seluar pendek, bersinglet, tidak bertudung malah semakin ramai yang berani memakai pakaian mencolok mata bersiar-siar di tempat pelancongan kita.
“Sedangkan garis panduan pelancongan dengan jelas menyatakan pelancong Muslim hendaklah berpakaian menutup aurat,” katanya dalam sesi perbahasan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu (DUN) di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Zuraida yang juga satu-satunya ADUN wanita di Terengganu berkata, kegagalan mematuhi garis panduan itu dalam kalangan pelancong itu kerana tiada penguatkuasaan.
“Mungkin masih ramai yang tidak tahu tentang garis panduan yang kerajaan keluarkan atau mereka tahu tetapi semakin berani untuk tidak patuh dengan garis panduan yang ditetapkan.
“Oleh itu besar harapan saya agar pemantauan ini dilakukan secara menyeluruh, saya yakin ini termasuk manifestasi dakwah islamiah dan komitmen kerajaan dalam menuju negeri Terengganu yang maju, berkat dan sejahtera,” katanya. – UTUSAN
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source