Tiada permohonan rasmi guna istilah Wilayah Sabah dan Sarawak
KOTA KINABALU: Belum ada permohonan rasmi bagi menggunakan istilah Wilayah Sabah dan Sarawak yang diterima setakat ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, kerajaan negeri Sabah dan Sarawak belum mengemukakan permohonan bagi mengubah istilah negeri kepada wilayah.
Beliau berkata, berkemungkinan kerajaan di kedua-dua negeri sedang menyemak dan mempertimbang kedua-dua aspek sebab ada juga pandangan sekiranya istilah wilayah digunakan, ia akan menimbulkan konotasi berbeza.
“Mungkin ada orang beranggapan wilayah itu sama taraf dengan Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan standardnya kurang berbanding status quo.
“Saya fikir kerajaan Sabah dan Sarawak sendiri tengah kaji perkara tersebut dan sekiranya benar-benar ingin syorkan dalam MA63, kita akan bincangkan dengan mengambil kira kerangka perundangan yang ada sebagaimana asasnya Perlembagaan Persekutuan dan MA63 menerusi Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan,” katanya semasa sesi soal jawab program Wacana Madani ‘MA63: Aspirasi 60 tahun Sabah dalam Malaysia’, di sini hari ini.
Menurut Armizan, penggunaan istilah wilayah itu harus dilihat dari sudut undang-undang mengenai status sebenar Sabah dan Sarawak.
“Apa yang lebih penting daripada istilah wilayah atau negeri adalah pindaan yang dibuat dalam meletakkan semula aturan Perkara 1(2) dalam Perlembagaan Persekutuan.
“Kenapa perkara itu penting? ia bukan hanya untuk hari ini tetapi juga bagi generasi akan datang supaya ia dikembalikan kepada status asal agar generasi akan datang tahu kenapa ada beza Sabah dan Sarawak dengan negeri-negeri lain,” katanya.
Menurut beliau, apabila pindaan itu dilaksanakan maka, generasi akan datang mengambil inisiatif untuk menyemak dan memahami bahawa status Sabah dan Sarawak bukan sama taraf dengan negeri-negeri lain di Tanah Melayu.
Pada Januari lalu, Premier Sarawak menyatakan, status Sabah dan Sarawak sebagai wilayah masih belum diwartakan.
“(Status Sabah dan Sarawak sebagai wilayah) belum lagi diwartakan. Pewartaan sebagai wilayah itu hanya cadangan sahaja, dan dari mula lagi memang kita (Sabah dan Sarawak) sepatutnya (berstatus) wilayah tapi keadaannya berubah dalam 60 tahun, jadi sebab itu kita meminda Perlembagaan Persekutuan,” katanya. – UTUSAN
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source