Mardi perkenal tujuh teknologi, bantu petani dan negara
PETALING JAYA: Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) memperkenalkan tujuh teknologi dalam rantaian pengeluaran padi dan beras yang dapat membantu meningkatkan pendapatan petani, pengeluaran padi serta menjamin sekuriti makanan negara.
Penggunaan tujuh teknologi itu dijalankan di tiga lokasi berbeza iaitu di Kg. Lahar Kemeling, Kedah dan Ladang Merdeka Ismail Mulong, Kelantan yang mana masing-masing berkeleluasan lima hektar serta di Tali Air 2 Ban 3 di Sungai Burong, Selangor yang berkeluasan lapan hektar.
Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Mohamad Zabawi Abdul Ghani berkata, antara komponen utama dalam projek khas tersebut adalah penggunaan varieti padi MR297 yang dipercayai dapat memberikan hasil tuaian baik dan mempunyai keintangan tinggi terhadap penyakit karah.
“Antara ciri-ciri MR297 ialah ia matang sekitar 110 hingga 115 hari, mempunyai potensi hasil yang tinggi antara lapan ke 10 tan/ha di kawasan-kawasan yang subur tahan rebah dan berat seribu biji yang tinggi serta toleran kepada kemarau sederhana selama 30 hari.
“Penumpuan manual ini adalah terhadap penyediaan tanah yang rapi, penggunaan kadar benih yang optimum, kawalan perosak dan penyakit yang berkesan dan penggunaan baja tambahan selain baja subsidi yang diberi oleh kerajaan.
“Selain itu, Mardi turut menggalakkan penggunaan Baja RealStrong N Bio Booster bagi membantu meningkatkan hasil padi pesawah. Penggunaan baja ini akan memberi kesan positif terhadap sifat kimia tanah
Malah, member kesan pada populasi mikroorganisma bermanfaat tanah yang menyebabkan beberapa komponen hasil seperti bilangan tangkai per meter persegi dan peratusan biji penuh akan meningkat,” katanya di dalam satu kenyataan.
Mengulas lanjut, Mohamad Zabawi berkata, Mardi turut memperkenalkan Pakej Pengurusan Penyakit Hawar Bulir Bakteria (BPB) sebagai pengesyoran untuk kawalan dan pencegahan penyakit BPB dalam penanaman padi menerusi integrasi kaedah rawatan benih dan semburan secara foliar pada peringkat pokok matang.
“Penyakit ini telah disahkan kehadirannya di Malaysia sejak tahun 2017 yang boleh menyebabkan kehilangan hasil yang ketara sehingga 75 peratus dan menjejaskan kualiti pengilangan beras.
“Justeru, pakej ini membantu merencat pertumbuhan bakteria Burkholderia glumae pada permukaan benih seterusnya berupaya mengurangkan kadar insiden penyakit BPB di lapangan sehingga 50 peratus tanpa penjejasan kadar percambahan benih padi yang ketara, pengendalian yang mudah diikuti oleh petani di mana penyemaian terus dapat dilakukan selepas rawatan benih, tiada kesan fitotoksik yang ketara pada pokok padi dan kos rawatan yang berpatutan,” jelasnya.
Tambahnya, teknologi kawalan padi angin untuk Amalan Sistem Tabur Terus Basah (WRFree) turut digunakan dalam projek tersebut untuk mengawal padi angin dalam amalan sistem tabur terus basah dengan lebih berkesan.
“WRFree merujuk kepada prosedur operasi standard (SOP) pengurusan padi angin melalui teknik penggunaan racun rumpai pra-cambah diubahsuai agar populasi biji benih padi angin dalam tanah dapat dikurangkan.
“Ia tertumpu kepada proses penyediaan tanah yang rapi, teknik penyemburan dan penggunaan racun pra-cambah diubahsuai agar bank biji benih padi angin dalam tanah dapat dikawal dengan optimum.
“Kajian di ladang membuktikan bahawa SOP WRFree berjaya mengurangkan populasi padi angin pada musim pertama sebanyak 45 peratus pada rawatan pretilachlor dan 30 peratus pada rawatan oxadiazon yang kemudiannya meningkat pada musim kedua sebanyak 85 peratus dan 70 peratus pada rawatan pretilachlor dan oxadiazon, hasilnya, SOP WRFree dapat meningkatkan hasil padi sebanyak 3 ke 4 t/ha,” katanya.
Sementara itu, beliau berkata, Sistem Amaran Awal (EWS) serangga perosak benah perang dan Sistem Penentuan Indeks Perataan Tanah secara automatik turut digunakan dalam projek khas tersebut.
“Kelebihan EWS adalah ia berpotensi menggantikan aktiviti pemantauan secara manual yang menggunakan tenaga buruh. Teknologi ini juga mempunyai capaian maklumat yang lebih mudah dan tindakan kawalan yang lebih berkesan serta dapat meningkatkan kecekapan pengesanan wabak serangan sehingga 50 peratus sebelum kehilangan hasil yang lebih teruk.
“Manakala, Sistem Penentuan Indeks Perataan Tanah secara automatik pula membantu petani untuk mendapatkan maklumat sebenar perataan tanah sawah bagi memastikan penapakan tanaman yang sekata dan menjamin pertumbuhan pokok yang seragam.” Jelasnya
Sehubungan itu, beliau berharap pakej teknologi yang disyorkan tersebut dapat diamalkan oleh petani dan juga dapat dikembangkan melalui agensi dan jabatan di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan sebagai suatu alternatif kepada kaedah sedia ada.-UTUSAN
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source