Lelaki maut, ibu cedera dalam kemalangan dua kereta
TELUK INTAN – Seorang lelaki maut, manakala ibunya cedera setelah kereta dinaiki mereka terlibat nahas dengan sebuah Toyota Avanza di Jalan Parit 7, Sungai Manik di sini hari ini.
Difahamkan, kemalangan berlaku selepas kereta jenis Perodua Myvi dinaiki dua beranak itu masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan Toyota Avanza dipandu lelaki berusia 60 tahun.
Kemalangan itu menyebabkan pemandu Perodua Myvi cedera parah akibat tersepit sebelum disahkan maut di lokasi kejadian.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Intan, Mohd. Ismail Mohd. Yunus berkata, sepasukan anggota diatur gerak ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat kemalangan pada pukul 5.26 petang.
“Anggota mengeluarkan mangsa tersepit menggunakan peralatan menyelamat. Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Seorang wanita warga emas yang juga ibu mangsa tercedera dihantar ke hospital,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source