Arsenal akur berkongsi satu mata
LONDON – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta meluahkan rasa kecewa selepas mereka mencatat keputusan seri 2-2 pada aksi derbi Utara London menentang Tottenham Hotspur dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Emirates malam kelmarin.
Walaupun dua kali mendahului perlawanan menerusi gol sendiri Cristian Romero dan Bukayo Saka, namun The Gunners gagal menghalang kebangkitan Spurs menerusi dua jaringan penyerang, Son Heung-min.
Arteta berkata, mereka mensia-siakan peluang untuk menambah jaringan meskipun dua kali mendahului perlawanan, sekali gus menyekat usaha mereka bagi terus memberi tekanan kepada pendahulu liga, Manchester City.
“Sukar untuk menerima keputusan seperti ini, lebih-lebih lagi apabila kami sudah mendahului perlawanan sebanyak dua kali. Kami juga gagal menyempurnakan banyak peluang menjaringkan gol, terutamanya di separuh masa pertama.
“Semua pemain mahu menjaringkan lebih banyak gol tetapi kami gagal untuk melakukannya. Apabila pasukan mendominasi permainan tetapi masih melepaskan gol, ia adalah satu masalah besar,” katanya.
Dalam pada itu, beliau turut menjelaskan keputusan untuk mengeluarkan pemain tengah, Declan Rice adalah disebabkan pemain berkenaan mengadu dia rasa tidak selesa pada bahagian belakang.
“Fizikal Declan (Rice) tidak berada pada tahap terbaik, dia dapat rasakan sesuatu pada belakangnya dan tidak teruskan permainan. Sementara itu, Fabio (Vieira) pula dikeluarkan kerana taktikal,” ujar Arteta. – AGENSI
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source