Piala Cabaran : Menang 7-0, Kelantan United ‘ajar’ Kelantan FC cara main bola
KOTA BHARU – Kelantan United FC (Kelantan United) merakam kemenangan penuh bergaya apabila membelasah seteru setempat, Kelantan FC 7-0 pada perlawanan pertama peringkat suku akhir Piala Cabaran 2023 di Stadium Sultan Muhammad IV di sini, sebentar tadi.
Kelantan United yang turun selaku tuan rumah dilihat lebih mendominasi perlawanan pada pertembungan ‘Derbi Kelantan’ itu berbanding The Red Warriors (TRW) melalui corak permainan hantaran pendek.
Skuad Sang Kijang Hijau membuka tirai jaringan seawal minit kelapan apabila Dominik Balic tenang menyempurnakan peluang terhidang menghukum kerapuhan pertahanan Kelantan FC.
Kelantan United memperoleh jaringan kedua melalui tandukan Ismaheel Akinade pada minit ke-19 selepas menerima hantaran kemas daripada sepakan penjuru diambil kapten pasukan, Indra Putra Mahayuddin.
Ketinggalan dua gol, Kelantan FC cuba bangkit untuk merapatkan jurang, gol namun dikecewakan oleh ketumpulan jentera penyudah dan kedudukan 2-0 kekal sehingga tamat separuh masa pertama.
Bermula babak kedua, Kelantan FC menggandakan usaha untuk mengasak kubu tuan rumah untuk merapatkan jaringan.
Malang buat TRW apabila mereka terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila penjaga gol, Muhammad Irfan Haikal Mohd. Iffendi menerima layangan kad merah pada minit ke-55 selepas mengasari Akinade ketika meluru keluar untuk menyelamatkan gawangnya.
Indra Putra tidak mensia-siakan peluang dan menambah derita Kelantan FC melalui sepakan percuma dari luar kotak penalti yang tepat ke penjuru kiri gol pelawat pada minit ke-59 untuk gol ketiga Sang Kijang Hijau.
Derita TRW kian bertambah apabila kerapuhan pertahanannya sekali lagi dihukum melalui rembatan kencang Mohd. Faiz Mohd. Nasir pada minit ke-74 untuk gol keempat Kelantan United.
Lima minit berselang, S. Sharvin berjaya melepasi pertahanan pelawat dan memperdaya penjaga gol gantian TRW, Mohd. Afif Fakhri Norizan sebelum merembat bola ke dalam gol yang terbuka luas untuk gol kelima Kelantan United.
Skuad kendalian Ailton Silva terus menghukum TRW melalui jaringan Royyizat Daud pada minit ke-88 dan 89 untuk gol keenam dan ketujuh sekali gus melengkapkan kemenangan penuh bergaya Sang Kijang Hijau.
Keputusan tersebut menyaksikan Kelantan United membawa bekalan selesa dengan agregat 7-0 ke perlawanan kedua peringkat suku akhir pada 4 Oktober depan di stadium sama. – KOSMO! ONLINE.
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source