Program Jualan Rahmah, tumpuan pembukaan Hari Malaysia
KUCHING: Program Jualan Rahmah sempena perayaan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan di Perkarangan Stadium Perpaduan Sarawak menjadi tumpuan utama pengunjung di sini hari ini.
Tinjauan Utusan Malaysia seawal jam 9 pagi tadi mendapati rata-rata penduduk di kawasan sekitar sudah mula beratur tidak melepaskan peluang bagi membeli keperluan asas pada harga yang berpatutan.
Bercakap kepada Utusan Malaysia, Nor Jelitawanis, 38 tahun berkata dia dan ibunya sudah mula beratur seawal pukul 8:30 pagi tadi untuk membeli kelengkapan keperluan asas harian pada harga berpatutan.
“Sememangnya program jualan Rahmah seperti ini perlu diteruskan pada setiap bulan sekurang-kurangnya dua bulan sekali bagi menampung kos sara hidup rakyat Malaysia yang semakin meningkat.
“Beberapa bulan yang lalu antara barangan keperluan asas yang ketara naik adalah beras dan telur. Justeru itu, memang perlu dilaksanakan program seperti ini bagi bantu rakyat yang benar-benar memerlukan, pada masa yang sama memantau harga keperluan harian di pasaran agar peniaga tidak mengambil kesempatan menaikkan harga,” jelasnya.
Antara barangan keperluan asas yang ditawarkan pada harga rahmah seperti beras, minyak masak (paket), telur ayam, ayam segar dan lain-lain barangan asas harian.
Program Jualan Rahmah ini diadakan mulai hari ini (Jumaat) pada pukul 9 pagi hingga 6 petang dan esok (Sabtu), dari 9 pagi hingga 9:30 malam di Stadium Perpaduan, Petra Jaya Kuching.
Sementara itu, bagi Hasmah Husaini, 39 tahun dia juga berpendapat yang sama. Anjuran Program Jualan Rahmah ini tidak seharusnya diadakan hanya pada sambutan program besar-besaran.
“Kalau boleh kita hendak kerajaan menganjurkan Program Jualan Rahmah ini di kawasan-kawasan lain pada bulan yang berbeza kerana banyak juga penduduk di kawasan yang jauh dari sini boleh memanfaatkan dari program seperti ini.
“Memang tidak dinafikan harga barang dipasar yang meningkat. Bayangkan sekiranya penduduk yang tinggal dijauh kampung ingin merebut perluang seperti ini tetapi tidak dapat sertai disebabkan oleh jarak yang jauh.
“Oleh itu, saya amat berharap kerajaan menimbang untuk mengadakan program seperti ini dilokasi yang berbeza terutamanya buat penduduk di kawasan luar bandar,” tambahnya.
Dengan bertemakan ‘Malaysia Madani Tekad Perpaduan Penuhi Harapan’, Stadium Perpaduan bakal menjadi tumpuan utama rakyat di seluruh Malaysia esok.
Tinjauan di sesi raptai malam tadi juga mendapati persiapan berjalan lancar melibatkan pemeriksaan pentas utama, susun atur program, selain mereka yang membuat persembahan turut diberi peluang untuk menampilkan hasil mereka kepada tetamu kehormat yang hadir pada malam tersebut.-UTUSAN
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source