Korban gempa dahsyat di Maghribi hampiri 1,000 orang
MARRAKESH, Maghribi – Gempa bumi paling dahsyat pernah melanda Maghribi dalam tempoh beberapa dekad membunuh sekurang-kurangnya 828 orang, kata beberapa pegawai hari ini selepas penduduk yang ketakutan berlari keluar untuk menyelamatkan diri menjelang tengah malam.
Gempa kuat berukuran 6.8 pada skala Richter itu menggegarkan sebuah kawasan pergunungan sekitar 72 kilometer ke barat daya kota pelancongan, Marrakesh pukul 11.11 malam semalam (waktu tempatan), lapor Jabatan Kajian Geologi Amerika Syarikat.
Gegaran kuat turut dirasai di beberapa buah bandar tepi pantai termasuk Rabat, Casablanca and Essaouira.
“Saya merasai gegaran kuat, saya sedar gempa bumi berlaku. Saya dapat lihat bangunan-bangunan bergoyang,” kata penduduk setempat, Abdelhak El Amrani, 33, kepada agensi berita AFP dalam satu wawancara telefon dari Marrakesh.
Gempa itu adalah yang paling kuat pernah melanda Maghribi dengan seorang pakar menyifatkannya sebagai gempa paling kuat di rantau berkenaan dalam tempoh lebih 120 tahun. – AFP
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source